Wednesday, December 28, 2011



Jika sebelum ini pemberian wang RM100 kepada setiap anak-anak sekolah kerajaan mahupun swasta telah mendapat sokongan dan pujian daripada ibu bapa, kini ibu bapa yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak untuk mendapatkan wang RM500 dengan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dibuka dari 10 Disember 2011 hingga 10 Januari 212.

Keprihatinan kerajaan terbukti terhadap rakyat terbukti apabila ada di kalangan pemohon yang telah mengisi borang BR1M telah menerima bantuan RM500 sebagai persiapan anak-anak ke sekolah.

Bagaimanapun sambutan hangat yang diberikan rakyat terhadap BR1M itu telah membuatkan Pakatan Pembangkang risau akan membuatkan PKR, DAP dan PAS tidak lagi popular dan menjadi pilihan dalam PRU-13 nanti. Untuk itu, mereka ini sanggup melakukan apa sahaja sehingga ke tahap memberikan ancaman bahaya kepada komponen BN yang menguruskan BR1M.

Terbaru, Timbalan Pengerusi Pengaduan Awam MCA Selangor, Kelvin Chong Seng Foo membuat laporan polis setelah menerima ancaman bahaya kecelakaan sekiranya meneruskan pengedaran borang BR1M. Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Seapark jam 9.40 pagi.

Dalam laporannya, beliau telah menerima 5 ugutan yang diberikan dalam masa yang berbeza melalui SMS pada 24 Disember lepas. Dalam ugutan itu, beliau diugut supaya jangan mengedarkan borang BR1M kepada rakyat terutama di kawasan Petaling Jaya. Jika masih berdegil, Kelvin Chong akan menerima kecelakaan sekiranya didapati memandu kereta.

Beliau percaya, ugutan itu datangnya daripada pihak pembangkang khususnya DAP kerana kawasan Petaling Jaya diwakili dan dikuasai DAP.

Ternyata, BR1M ini mampu memberikan masalah kepada pembangkang yang percaya ia akan menghakis sokongan rakyat terhadap mereka khususnya DAP dan PAS.

Pakatan Pembangkang takut kepada BR1M.
Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!