Thursday, December 22, 2011



Seramai 130 ahli PKR Permatang Pauh hari ini telah mengambil keputusan keluar parti dan menyertai UMNO. Tindakan ahli-ahli PKR ini suatu tamparan yang hebat kepada Anwar Ibrahim memandangkan mereka ini datangnya dari kawasan Parlimen yang Anwar Ibrahim wakili.

Kumpulan itu menyerahkan  borang keanggotaan untuk menyertai UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dalam satu majlis di Kampung Tanah Liat Mukim 9.

Ketua Cawangan PKR Tanah Liat sebelum ini, Abdul Wahab Rahman, 70, menegaskan mereka terpaksa meninggalkan parti yang sekian lama disanjung itu setelah mula melihat kepincangan dalam PKR.

“Sudah lama saya fikir dan perhatikan perjalanan PKR dan selepas 11 tahun ditubuhkan ia kini sudah tidak lagi relevan.

“Mereka (pemimpin PKR) langsung tidak pedulikan masalah rakyat  terutama kami di sini, jadi saya rasakan sudah tiba masanya kami berubah  haluan dan kembali kepada perjuangan UMNO.”


Mohd Nasir Yob, 40, yang mewakili ranting PKR Bukit Berangan berkata mereka juga sepakat untuk keluar PKR selepas kecewa dengan ADUN Penanti, Datuk Mansor Othman yang didakwa mengabaikan rakyat di Bukit Berangan.

Katanya selepas hampir empat tahun menjadi ADUN Penanti, tiada apa yang disumbangkan wakil rakyat itu sama ada daripada segi kebajikan mahupun infrastruktur kepada penduduk, menyebabkan mereka putus asa dan mengambil keputusan menyertai UMNO.

Jika dilihat dari segi angka, mungkin penyokong dan pemimpin PKR boleh tersenyum dan lepas pandang kerana ia sedikitpun tidak menggugat keutuhan parti. Apalah sangat 130 orang yang keluar parti berbanding mereka yang masih tinggal bersama PKR.itulah yang menjadi pemikiran pemimpin PKR.

Namun, dari segi psikologi kepercayaan ahli-ahli PKR ternyata telah terhakis kerana selain sibuk dengan kepentingan politiknya yang mahu memimpin Pakatan Pembangkang menuju ke Putrajaya, penyokong PKR kecewa kerana kawasan Parlimen Permatang Pauh diabaikan.

Begitu juga perasaan malu yang terpaksa dihadapi penduduk yang tinggal di kawasan Parlimen Permatang Pauh apabila seringkali diejek rakan-rakan mereka yang lain dengan panggilan “anak buah wakil rakyat meliwat”. Malah, ianya telah berterusan sejak kes liwat Anwar Ibrahim ke atas Saiful diketahui umum.

Jika dilihat dari segi perkhidmatan yang diberikan Anwar Ibrahim di kawasannya, ada asasnya penduduk Permatang Pauh berasa kecewa kerana sepanjang memenangi kawasan Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Kecil yang kontroversi, Anwar Ibrahim tidak pernah membantu penduduk. Seperti biasa, janji tetap diberikan tetapi jika ditanya bila hendak ditunaikan, jawabnya apabila menang PRU-13 dan menuju ke Putrajaya. Nak bantu, jauh sekali. Inikah yang hendak diteruskan di Parlimen Permatang Pauh.

Insiden keluar parti ini bukanlah titik noktah dan pastinya akan berlarutan lagi selepas ini atas makna kesedaran. Perbezaan yang jelas semasa Permatang Pauh diperintah BN dan sekarang ini diperintah PKR. Kini, penduduk Permatang Pauh sudah mula insaf dan ingin melakukan perubahan. Perubahan daripada keburukan kepada kebaikan dengan menyokong BN. 
Categories:

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!