ADAKAH KEPIMPINAN SUPP BAHARU DITERIMA MASYARAKAT CINA?



Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDC) SUPP pada Sabtu dan Ahad telah diadakan dalam penuh kontroversi ekoran pemulauan dan boikot kumpulan Dato Sri Wong Soon Koh atas dakwaan proses pemilihan di beberapa cawangan parti didapati terdapat unsur penyelewengan.

Semasa perasmian TDC itu yang dirasmikan Perdana Menteri telah mengingatkan setiap kepimpinan dan ahli SUPP supaya mengukuhkan perpaduan dan dalam parti agar tidak berlaku sebarang permasalahan dalaman parti.

Menurut Perdana Menteri, musuh Barisan Nasional (BN) ialah pembangkang. Oleh itu, setiap parti kompenan BN hendaklah diperkuatkan dengan perpaduan bagi menghadapi pembangkang dan bukannya dilemahkan oleh masalah dalaman.

Dalam TDC itu, Ahli Parlimen Miri yang juga Menteri Tenaga, Tekonologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin telah dipilih oleh perwakilan yang kebanyakannya memihak kepada kumpulan Peter Chin bagi dipilih sebagai Presiden SUPP bagi menggantikan Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang mengambil keputusan bersara dan berundur dari pentas politik disebabkan kekalahan teruk SUPP pada PRN Sarawak Ke-10 April lepas.


Pemilihan Datuk Seri Peter Chin sebagai Presiden SUPP menerima tamparan hebat apabila Dato Sri Wong Soon Koh dan kumpulannya tidak akan mengiktiraf barisan kepimpinan baru dan menerima sebarang jawatan yang ditawarkan dalam parti itu seperti yang dinyatakan Presiden SUPP yang baharu.

Pemilihan TDC SUPP semalam tiada menyaksikan sebarang perubahan dalam bentuk kepimpinan baharu dan menemplak kenyataan sesetengah pemimpin SUPP bahawa kepimpinan SUPP kali ini bersifat baru dan yakin mampu menarik kembali sokongan pengundi Cina.

Berasaskan kepada jawatankuasa yang dipilih semalam gabungan muka lama yang ternyata ditolak kaum Cina dan muka baru yang masih belum terbukti diterima masyarakat Cina, dapatlah disimpulkan bahawa TDC SUPP kali ini tiada sebarang perubahan bahkan dipercayai jawatankuasa yang dipilih itu tidak mampu memenuhi dan meraih kembali sokongan masyarakat Cina. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger