THE WEST AUSTRALIA AKUI KESILAPAN, PKR TEGASKAN ARTIKEL ITU BENAR: SIAPA YANG BETUL?




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya tidak berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat Ketua-Ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," tegas Najib.

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan $60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM.

Laporan itu juga menyebut mengenai "seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai $150,000 WA (Barat Australia)". Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya.

  
Dalam menyatakan kebenaran kenyataan Najib, pemilik akhbar The West Australian telah memohon maaf kepada Perdana Menteri dan rakyat Malaysia di atas kesilapan dan bertanggungjawab terhadap penyiaran artikel itu.

Akhbar The West Australian semalam mengakui kesilapannya berhubung penyiaran artikel yang mendakwa anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan sebanyak A$60,000 (RM194,157) di sebuah pusat beli-belah di Perth semasa Perdana Menteri menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Dalam ruangan pembetulan dan penjelasan yang diterbitkan, akhbar berkenaan turut mengesahkan bahawa anak perempuan Perdana Menteri juga tidak berada di Perth dan ini bercanggah dengan laporan yang mereka siarkan pada Isnin lepas.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 5, 2011 at 6:45 AM

Tentulah PKR penipu.. Pembohong..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger