SUPP PERLU AMBIL IKTIBAR KEKALAHAN PRK SIBU DAN PRN SARAWAK



Kekalahan SUPP yang hanya menang 2 kerusi berbanding 12 kerusi lagi kerusi kalah kepada DAP terus menciptakan rekod terburuk SUPP dalam politik Sarawak. Malah lebih mendukacitakan Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam juga kalah kepada calon muda DAP.

Bagaimana pula dengan kedudukan kerusi SUPP pada PRU-13 akan datang? Itulah yang menjadi tanda tanya kepada kompenan BN Sarawak. Ini kerana kekalahan beberapa kerusi yang ditandingi SUPP pastinya akan merencatkan kemenangan bersih atau deposit tetap BN dalam Pilihan Raya Umum.

Terbaru SUPP menyifatkan mampu mempertahankan Parlimen Lanang dan merampas kembali Parlimen Sibu. Kesungguhan itu harus difikirkan kembali memandangkan imej SUPP masih belum selamat. Dalam pada itu, Perhimpunan SUPP pada Disember ini bagi memilih Presiden SUPP dilihat cukup memberi kesan ke atas hala tuju SUPP selepas ini, sama ada terus menerima kekalahan atau kembali bernafas?


Untuk itu, bagi memberikan imej terbaik kepada SUPP, sewajarnya SUPP mengemukakan beberapa muka baru dan muda dalam menghadapi tentangan DAP yang dilihat sebagai bergerak ke hadapan berbanding SUPP. Calon-calon yang pernah kalah tidak harus ditampilkan semula memandangkan rekod kekalajannya yang boleh mencetuskan polemik politik sewaktu kempen. Jika keadaan seperti PRN Sarawak berlaku, alangkah baiknya SUPP gulung tikar dan digantikan dengan yang parti baru.

Ramai ahli BN terutama SUPP berkeyakinan bahawa mereka dapat mempertahankan Parlimen Lanang. Tetapi, hakikatnya sokongan kaum Cina ke atas SUPP-BN masih belum selesa dan jangkaan tetap menyokong DAP dan Pakatan Pembangkang. Oleh itu, SUPP harus realistik untuk melihat kemenangan BN di Parlimen Lanang.

Manakala, bagi Parlimen Sibu, SUPP harus melihat faktor calon menjadi pemangkin kemenangan BN di situ. Jika, calon SUPP semasa PRK Sibu, Robert Lau Hoi Chew diletakkan kembali di Parlimen Sibu, kebarangkalian untuk menang itu tipis. Sewajarnya, calon baru harus diletakkan di situ bagi menarik sokongan pengundi kaum Cina. Manakala, pengundi kaum Melayu dan Bumiputera di Parlimen Sibu masih berpegang kepada sokongan terhadap BN.

Yang pasti, pemimpin BN Sarawak terutama SUPP perlu mendengar kemahuan rakyat dan bukannya calon pilihan parti. Yang mengundi ialah rakyat. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger