SPDP SINGKIRKAN SLYVESTER ENTRI SERTA MERTA DAN GUGURKAN DR TIKI LAFE DALAM PRU-13



Krisis dalaman SPDP yang sekian lama menghantui Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom akhirnya selesai apabila mengumumkan keputusan MesyuaratDisiplin Parti SPDP yang mengambil ketetapan Ketua Kumpulan 5 SPDP, Sylvester Entri ak Muran disingkirkan dari parti. Manakala, 4 lagi ADUN, Paulus Palu Gumbang, Datuk Peter Nansian, Rosey Yunus dan Datuk Dr Tiki Lafe masih dalam pertimbangan dan SPDP masih membuka pintu kepada mereka ini.

Krisis yang bermula sejak 2 tahun lepas dan hanya menglibatkan bekas Setiausaha SPDP, Sylvester Entri ak Munan telah merebak kepada 4 lagi pemimpin tertinggi SPDP yang dikatakan pengikut kepada Slyvester Entri. Disebabkan itu, tertubuhnya Kumpulan 5 SPDP yang menjadi punca kepada permasalahan dalaman SPDP.

Keputusan Majlis Disiplin SPDP semalam telah mengulangi drama PRS sebelum ini dalam peristiwa yang berbeza sehingga menyebabkan bekas ADUN Pelagus, Larry Sng tidak berparti. Dan, kini ia terjadi ke atas Sylvester Entri yang merupakan ADUN Marudi dan juga Menteri Muda (Bekalan Air).

Walaupun keputusan ini lewat diumumkan, tetapi ramai pihak berpendapat ia suatu keputusan yang telah dijangka. Sebelum ini, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan ak Ikom telah banyak memberikan peluang dan masa kepada Kumpulan 5 SPDP ini untuk kembali kepada parti, tetapi ianya tetap tidak diambil endah oleh mereka.

Dalam Kumpulan 5 SPDP ini, Datuk Peter Nansian memegang jawatan Menteri Muda (Pembangunan Kilang Perindustrian) dan Rosey Yunus menjawat Menteri Muda (Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pembangunan Keluarga). Harus diingat bahawa penempatan mereka ke dalam kebinet negeri Sarawak ini adalah atas persetujuan dan pertimbangan Presiden SPDP. Untuk itu, dalam soal kelayakan dan jawatan dalam kabinet, Presiden SPDP tidak melihat kepada krisis yang dialami sebaliknya melihat kepada kewajaran seseorang calon itu. Bagaimanapun, mereka yang terpilih ini sedikitpun tidak mengucapkan terima kasih kepada Presiden SPDP atas pertimbangan berikut.

Walaupun disingkirkan daripada parti berkuatkuasa serta merta, Presiden SPDP mengumumkan kerusi Marudi yang dimenangi Sylvester Entri di DUN Marudi tetap milik SPDP. Presiden SPDP juga secara berkeras akan membantah kemasukan Sylvester Entri ke parti lain.

Dalam pada itu, Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan juga mengumumkan kedudukan Ahli Parlimen Mas Gading, Datuk Dr Tiki Lafe yang digugurkan daripada calon Parlimen Mas Gading pada PRU-13 akan datang sebagai bukan calon boleh menang. Bagi meyakinkan rakyat di kawasan Mas Gading, SPDP akan turun padang bagi menjelaskan kepada mereka berkaitan keputusan itu.

Sebelum ini, Borneo Post pada terbitannya 12 November lepas menyiarkan 5 penyandang bagi kawasan yang ditandingi PBB, Parlimen Santubong, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Parlimen Samarahan, Datuk Seri Sulaiman Taib, Parlimen Batang Sadong, Nancy Syukri, Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Karim dan Parlimen Mukah, Datuk Seri Michael Toyad.

Keputusan mengumumkan senarai kawasan dan penyandang yang akan digantikan bagi menghadapi PRU-13 dilihat sesuatu yang bijak memandangkan ianya akan memberikan kelebihan kepada rakyat di kawasan untuk mengenali bakal calon. Bagaimanapun, usaha melobi sebagai calon tidak dapat disangkal memandangkan kini ramai yang mempunyai minat untuk menjadi Yang Berhormat.

Berdasarkan keputusan yang diambil SPDP itu, ianya dapat dilihat dalam konteks positif dengan memfokuskan kepada persediaan parti menghadapi PRU-13 akan datang. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger