SIKAP PEMIMPIN DAP PULAU PINANG BIADAP DAN KURANG AJAR



Ini bukan kali pertama penduduk Melayu di Pulau Pinang ditindas dan diperlakukan seperti binatang oleh pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang semenjak pengambilan pemerintahan pada tahun 2008. Semenjak itu, penduduk Pulau Pinang hidup dalam keadaan yang sangat membimbangkan dan sentiasa memikirkan apakah yang berlaku pada esok hari dan masa akan datang?

Pengkhianatan wakil rakyat DAP ke atas penduduk Pulau Pinang bukanlah perkara baru. Terbaru, dua orang penduduk Pulau Pinang, Fatimah Sharmin Abdullah, 30, dan Sarimah Packeer Mohd, 43, yang bersuamikan warga asing, telah dimaki hamun dan dihina sedemikian rupa dengan dituduh sebagai pengkhianat negara. Apakah hanya bersuamikan seorang bukan warganegara Malaysia dianggap sebagai pengkhianat negara?

Kejadian berlaku apabila berlaku kebakaran yang melibatkan sederet rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara pada petang Selasa lepas. Kunjungan ADUN Komtar, Ng Wei Aik yang kononnya mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa telah bertukar menjadi suatu kenangan yang tidak akan dapat dilupakan oleh mereka. Sambil meninjau, Ng Wei Aik telah melemparkan kata-kata kesat ke atas mereka sehingga menyebabkan mereka berasa amat malu. Kejadian berlaku di khalayak ramai dan setiap tutur katanya didengari orang ramai.

Tuduhan Ng Wei Aik itu sangat menguris hati perasaan mereka yang selama ini tidak pernah dilayan sedemikian. Malah, tutur kata seorang pemimpin itu dianggap sebagai ‘hadiah’ yang tidak akan dilupakannya dan akan menjadi penguat kepada mereka untuk menjatuhkan pemimpin Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang. Mereka beranggapan semua pemimpin Pakatan Pembangkang kurang ajar dan hanya berani mengambil kesempatan dan berlakon di hadapan orang ramai.

Sarimah yang telah berkahwin dengan suaminya, seorang warganegara Bangladesh sejak 15 tahun dahulu dan berkahwin mengikut undang-undang. Namun, beliau telah dituduh sebagai pengkhianat negara sambil dianggap sebagai komunis.

"Jika saya berkahwin dengan warga asing, itu hak saya. Suami saya ada dokumen perjalanan sah dan perkahwinan kami mengikut undang-undang."


Ini bukan kali pertama ADUN Komtar itu menimbulkan kontroversi. Awal tahun ini, Ng Wei Aik mencetuskan kontroversi semasa mengetuai 'operasi merampas barang' di sebuah restoran nasi kandar di Gat Lebuh Maccalum yang disifatkan sebagai biadab dan tidak ubah seperti mafia.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu juga didakwa mengeluarkan ungkapan berunsur perkauman, iaitu 'tutup kedai, balik India' terhadap pekerja restoran berkenaan.

Semasa lawatan meninjau kebakaran itu sambil menghulurkan bantuan, Sarimah dan Fatimah memaklumkan mereka tidak diberikan bantuan oleh Ng Wei Aik kerana para pekerja mereka yang tinggal di bahagian belakang kedai tersebut dituduh sebagai punca berlaku kebakaran. Manakala, penduduk lain yang kebanyakannya berketerunan Cina diberikan bantuan.


"Kami rakyat Pulau Pinang, sudah tentulah kami mengharapkan kerajaan negeri bantu tetapi ini yang kami dapat daripada mereka."

Menurut Sarimah, sebagai wakil kerajaan negeri, dia (Wei Aik) sepatutnya bersikap profesional. Dia kena periksa punca kebakaran, jangan suka-suka buat tuduhan.

Tidak cukup dengan itu, Ng Wei Aik telah menghalau suaminya dari lokasi kebakaran dan mengugut mereka berdua keluar dari negara ini. Berikutan kecewa dan marah dengan apa yang berlaku, kedua-dua mereka membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Patani.

Inilah wajah pemimpin DAP yang mewakili Pakatan Pembangkang. Tidak cukupkah penduduk Pulau Pinang diancam dan didera pelbagai rupa hanya kerana beberapa perkara yang tidak disukai pemimpin Pakatan Pembangkang. Pastinya selepas ini, gelora perubahan akan berlaku di Pulau Pinang bagi mengajar pemimpin kerajaan negeri Pulau Pinang akan cara pemerintahan dan pentadbiran. PRU 13 akan menjadi saksi perubahan itu. 
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
November 25, 2011 at 11:05 AM

Tahniah melayu Penang... hangpa semua mau camnie kan?.. baguih... tahniah!

November 25, 2011 at 11:30 AM

salam;
tak baik cakap cam tu dgn mereka,..sesiapapun pernah melakukan kesilapan atau akan melakukan kesilapan..ambil sebagai pengajaran untuk panduan semasa FRU13 nanti.yg sudah biarkan berlalu janji diaorang insaf dan sedari dan jangan terpedaya lagi.

Anonymous
November 25, 2011 at 4:08 PM

Ini menunjukkan betapa bagusnya DAP, sabar raayat Pulau Pinang pikiat dan tentukan pilihanraya undi parti yg boleh membela hangpa. Sedar lah atas kesilapan. Selamat mengundi.

Anonymous
November 25, 2011 at 4:11 PM

Raayat PP ajak depa supaya jgn kurang ajak pada orang melayu. Ng Wei Aik, lu ingat lu ganster ke,

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger