SIDANG MEDIA: INGAT RAFIZI RAMLI, INGAT LEMBU



Mengingatkan kembali kekerapan sidang media yang dilakukan Pakatan Pembangkang di Parlimen, terbaru Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli kerap kali mengadakan sidang media berhubung isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) atau lebih tepat lagi berkaitan lembu.

Disebabkan kekerapan muka Rafizi yang muncul di lobi Parlimen sekurang-kurangnya lebih 5 kali sehari menyebabkan petugas media bosan dan teringatkan lembu setiap kali ternampak Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli nampaknya galak mempertikaikan fasal peruntukan untuk NFC tetapi apabila sudah dijelaskan kerajaan, beliau kini menyerang ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berhubung pembelian kondominium  oleh syarikat terbabit.

Ternyata, Pakatan Pembangkang jelas terdesak menjelang PRU ke-13 dengan memutarbelitkan fakta dalam apa juga bahan untuk kepentingan politik dengan harapan kepercayaan rakyat kepada kerajaan BN hilang.


Dalam kegilaan Rafizi Ramli membawa isu NFC menyifatkan pembelian kondominium di Bangsar bernilai RM10 juta menggunakan dana NFC sebagai satu keputusan “gila”.

Rafizi berkata, jika pun ada aliran tunai sementara menanti lebih banyak pusat ternakan satelit di sekitar Gemas, ia wajar diletakkan sebagai “pelaburan cair” seperti melabur di pasaran wang ataupun ekuiti berbanding membeli hartanah.

“Ia satu keputusan yang gila,” kata beliau pada sidang media pada Isnin”.

Ada petugas media bertanya siapa yang gila sebenarnya.

Adakah Rafizi Ramli tidak sedar beliau juga ‘gila’ dengan memburu publisiti murahan setiap hari dengan menjadikan petugas media di Parlimen sasaran untuk beliau mengejar kerusi dalam PRU ke 13?.

Adakah tidak cukup lagi dengan ahli-ahli parlimen pembangkang ‘berperang’ isu NFC dalam sidang dewan hingga memaksa Rafizi perlu muncul sepanjang minggu membangkitkan isu sama?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger