SIAPA AL-GORE KAWAN ANWAR IBRAHIM?



Al-Gore terkenal sebagai pejuang LGBT (Lesbian, Gays, Biseksual dan Transeksual). Beliau adalah pengkritik keras kepimpinan Amerika Syarikat yang tidak membenarkan perkahwinan sejenis. Selama ini dalam menghadapi kes liwat Anwar Ibrahim, Suruhanjaya Hak Asasi Gay dan Lesbian Antarabangsa telah menyatakan sokongan padu kepada Anwar Ibrahim melalui laman web mereka di alamat http://www.iglhrc.org/cgi-bin/iowa/article/takeaction/partners/238.html dan mendesak agar LGBT di Malaysia menyokong dan memperjuangkan Anwar Ibrahim dalam pembebasan kes liwatnya.


Oleh itu, adalah tidak mustahil Anwar Ibrahim berjumpa Al-Gore kerana ingin meminta pertubuhan dan ‘tokoh-tokoh’ pejuang LGBT seluruh dunia untuk bersatu memberi tekanan paling kuat terhadap Malaysia agar membebaskannya. Ini kerana kenyataan peguambela Anwar Ibrahim sendiri membayangkan seolah-olah mereka sudah putus harapan untuk membela Anwar Ibrahim. Ini kerana sebagai sebuah negara Islam, undang-undang sivil mahupun undang-undang syariah ‘mengharamkan’ hubungan sejenis apatah lagi dalam meliwat.  

Sebaiknya, jika benar Anwar Ibrahim berasakan dirinya tidak bersalah, berangkatlah ke Mekah untuk memohon perlindungan Allah s.w.t. Dan kalau benar bersalah, berangkatlah juga ke Mekah untuk bertaubat nasuha.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger