SAIFUDIN NASUTION DIIBARAT PAKU DULANG PAKU SERPIH, MENGATA ORANG DIA YANG LEBIH



Setiausaha Teragung PKR, yang juga Ahli Parlimen Machang Saifudin Nasution kerap kali dalam ceramah politiknya menghentam ahli-ahli Parlimen BN kononnya memiliki harta hasil daripada rasuah sehingga membuatkan rakyat terpedaya walaupun hakikatnya dakwaan itu adalah suatu fitnah.

Dalam setiap ceramahnya di hadapan penyokong Pakatan Pembangkang juga di dalam Dewan Rakyat, beliau bercerita mengenai kebiadapan pemimpin BN yang meminggirkan rakyat yang hidup melarat akibat kenaikan harga barang dan rasuah pemimpin BN sehingga rakyat hidup melarat.

Bagaimanapun, semua itu hanyalah lakonan semata-mata bagi menarik perasaan simpati rakyat terhadap perjuangan pemimpin Pakatan Pembangkang yang dikatakan memperjuangkan hak rakyat. Sepanjang tempoh hampir 3 tahun, Saifudin Nasution yang menjadi kebanggaan ahli-ahli PKR dan pengundi Machang telah berjaya mengumpul kekayan berganda hasil daripada kemenangannya sebagai Ahli Parlimen Machang tapi adalah mustahil dengan pendapatan yang ada, beliau mampu hidup mewah dan membina kekayaan termasuklah mahligai mewahnya di Machang Kelantan.


Ketika hidup Saifuddin Nasution semakin mewah dan berlatarbelakangkan mahligai mewah, rakyat di Parlimen Machang yang diwakilinya masih ada yang miskin merempat, kais pagi makan pagi. Sebaliknya mahligai yang dibinanya dengan nilai jutaan ringgit sedangkan rumah rakyat yang dipimpinnya masih ada yang beratapkan langit, berlantaikan tanah dan berdinding buluh. Masih ada rakyatnya masih minum air telaga. Tetapi, apabila kita mendengar gaya percakapannya seolah-olah beliau pejuang yang bercirikan Islam, mendahulukan kepentingan rakyat daripada diri sendiri tapi lain pula yang berlaku.




Hari ini Saifuddin Nasution begitu gigih membongkar kepincangan National Fedlot Corporation sedangkan beliau sendiri jelas merupakan pemimpin munafik yang berselindung di sebalik kepandaiannya berhujah sehingga rakyat terkeliru untuk menilai wajah-wajah sebenar Saifuddin Nasution. Beliau cuba membongkar untuk kepentingan politiknya tetapi dalam masa yang sama rakyat pimpinannya dibiarkan melata tanpa pembelaan sewajarnya dari beliau sebagai Ahli Parlimen Machang.


Pernah suatu ketika Saifuddin Nasution dihalau daripada satu majlis di Kampung Belukar, Machang apabila beliau mahu menggunakan masjid untuk kelangsungan politiknya. Menyedari rakyat Machang semakin menolaknya, beliau berhasrat untuk bertanding di luar Kelantan dengan memilih Parlimen Bandar Tun Razak.

Berhentilah Saifuddin daripada terus menjadi pemimpin munafik. Rakyat memerlukan pembelaan dan bukannya retorik politik seperti yang sedang beliau lakukan. Nasib dan masa depan rakyat lebih penting daripada persekongkolan kebejatan moral dalam pimpinan pembangkang.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

December 28, 2011 at 1:06 PM

salam tuan,

mohon copy artikel di atas. ;)

December 28, 2011 at 7:47 PM

Silakan tuan, tiada hakcipta ...

Demi agama, bangsa dan tanahair

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger