S. AMBIGA PERTAHAN GOLONGAN SEKS BEBAS DAN BIDAS MEDIA



Hari ini, S. Ambiga telah diambil keterangan berhubung penganjuran program seks bebas atau Seksualiti Merdeka yang dijadualkan pada 11 November ini di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, akibat tekanan dan kecaman daripada pelbagai pihak berhubung penganjuran program itu, Majlis Peguam telah membatalkan program itu. Dalam pada itu, polis juga telah mengklasifikasi program itu sebagai haram dan akan diambil tindakan jika ianya diadakan.

Keterangan S. Ambiga dan beberapa individu lain seperti Maria Chin Abdullah, penganjur program - Pang Khee Teik dan Pengerusi Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez diambil di pejabat Tenaganita, Jalan Gasing, Petaling Jaya, 4:15 petang tadi oleh empat anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields.

Setelah diambil keterangan, S. Ambiga dalam kenyataannya kepada wartawan membidas media dan wartawan yang menghalang penganjuran program Seksualiti Merdeka dengan memberikan kenyataan yang tidak baik terhadap golongan yang mengamalkan homoseksual.

Menurut S. Ambiga, golongan sebegini perlu diberikan kelonggaran dalam kehidupan mereka dan perlu diterima dalam masyarakat. Sekiranya disisihkan, siapa lagi yang mahu membela mereka?

S. Ambiga kesal dengan wartawan dan media yang terus menerus menekan NGO’s yang terlibat dalam penganjuran program ini walhal niat mereka untuk membawa golongan ini ke dalam masyarakat dipandang serong.

Dengan nada begang, S. Ambiga mencabar mana-mana wartawan dan media yang secara terus menerus mengeluarkan kenyataan berhubung penganjuran seks bebas ini. Beliau tidak teragak-agak akan membawa perkara ini ke mahkamah melalui peguamnya.

Berikut adalah kenyataannya yang disiarkan Buletin Utama TV3 pada 7 November 2011, jam 8.00 malam.


"You have been calling this perancangan seks bebas. You know it's not true. I challenge you to carry everything I say and I assure you will be hearing from my lawyers on this issue. I warn you to carry every beat of this pita, kalau tidak you will be hearing from our lawyer. Now that is one thing. The manner in which this issue has been reported  is irresponsible. You are lying in to the rakyat. Why? Have we no shame in this country that you want to bully a community that is already facing presecution, what's that mean? What that make us all we are saying is show some caring as to what this community is going through.

(Kamu telah menamakan perhimpunan ini sebagai perancangan seks bebas tapi kamu tahu ia tidak benar. Dan saya mencabar kamu untuk membawa apa yang saya kata dan saya akan pastikan kamu akan berdepan dengan peguam saya berkenaan isu ini. Saya mahu kamu menyiarkan semua dalam pita ini kalau tidak kamu akan berdepan peguam saya. Itu satu perkara. Isu ini dilaporkan secara tidak bertanggungjawab dan kamu menipu rakyat. Kenapa? Adakah kita tak malu dalam negara ini untuk membuli golongan yang sememangnya sudah ditindas. Apakah maksud semua ini? Apa yang kami katakan, tunjukkan keprihatinan terhadap apa yang dilalui oleh golongan ini.)

Hakikatnya, S. Ambiga sedikitpun tidak menyentuh mengenai perasaan rakyat Malaysia khususnya penganut agama Islam yang berpegang kepada perintah Allah s.w.t bahawa hubungan sejenis (homoseksual) dan seks bebas ini adalah HARAM di sisi agama Islam. Demikian juga dengan agama-agama lain seperti Kristian, Budhha dan Hindu tidak menghalalkan hubungan sejenis ini.
Share this article :
 

+ comments + 3 comments

Anonymous
November 7, 2011 at 10:38 PM

Mana penyokong PAS yang dulu menatang Ambiga.. Masa BERSIH mereka kata Ambioga adalah pejuang sebenar... Ini benar le ni.... Mai'mai kita sokong ambiga....... ha,ha,ha

November 7, 2011 at 10:58 PM

Salam ,
Hanya manusia yang sesat saja yang menyokong betina ni....Binatang tidak mempunyai akal tapi pandai membezakan jantan atau betina.

Anonymous
November 7, 2011 at 11:31 PM

"Seks Bebas" - istilah utk menggambarkan perhubungan seks tanpa ikatan. Golongan LGBT pun menjalin hubungan seks tanpa ikatan. Jadi pada saya istilah itu boleh diguna pakai. Ye tak?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger