PERDANA MENTERI MENUNAIKAN UMRAH SEBELUM TIBA HARI WUKUF



Perdana Menteri dan isteri kini sedang berada di Kota Mekah untuk bersama-sama 28,000 orang rakyat Malaysia dan kira-kira 3 juta rakyat dunia menunaikan haji. Kehadiran Perdana Menteri di Kota Mekah telah disambut oleh jemaah haji dari Malaysia.

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri sempat bertemu dengan jemaah haji yang terdiri daripada imam surau dan masjid di seluruh Negara yang ditaja syarikat kerajaan. Pertemuan ini disifatkan sebagai suatu yang istimewa kepada mereka kerana hanya dengan keikhlasan Perdana Menteri maka mereka dapat menjejak kaki ke Kota Mekah.

Berbekalkan doa di Kota Mekah yang mendoakan agar keluarga Perdana Menteri sentiasa sihat dan meneruskan kegemilangan dalam mentadbir Malaysia menjadi sebuah Negara maju dan disegani di seluruh dunia.

Selain bertemu dengan para pemimpin surau dan masjid, Perdana Menteri juga sempat meluangkan masa bertemmu jemaah haji Malaysia di pusat khidmat Tabung Haji. Tidak disangkan kehadiran Perdana Menteri telah memberi sinar kegembiraan kepada mereka untuk berjumpa secara langsung dengan Perdana Menteri.

Ramai di kalangan jemaah haji berkesempatan bergambar dan berjabat tangan dengan Perdana Menteri yang tidak lekang dengan senyuman. Ada di kalangan jemaah haji dari Selangor yang menyatakan bersaksikan Kota Mekah beliau dapat bertemu dengan Perdana Menteri secara langsung. Selama ini beliau hanya melihat wajah Perdana menteri melalui televisyen dan internet.

Kegembiraan beliau berjumpa dengan Perdana Menteri juga disambut oleh beberapa jemaah Malaysia yang lain yang tidak putus-putus bergambar dengan Perdana Menteri. Kesempatan itu juga Perdana Menteri sempat meminta agar berdoa kepada seluruh rakyat Malaysia supaya hidup dalam aman dan sejahtera serta mendoakan kejayaan perjuangan kerajaan BN membawa Malaysia ke arah negara maju.

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali dengan Hari Raya Korban. Semoga musim haji pada kali ini Allah s.w.t akan memakbulkan doa seluruh rakyat Malaysia untuk melihat BN terus memerintah Malaysia dan menghindarkan daripada anasir-anasir jahat yang dibawa Pakatan Pembangkang terutama DAPig, PAS dan PKR.

Amin….
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

praha2
November 3, 2011 at 9:56 AM

Alhamdulilah ini tuntut Agama dan jugo rukun Islam yang kelimo. Tapi kito kono tanyo diri sondiri apo bilo hajat untuk menunaikan haji sudah ko kito bertaubat atas kesalahan, tindak tanduk yang kito buet salah, atau apo pun lah yang dianggap berdosa di lampau, mano tau kito maknusia dan banyak silap salah yang dilakuan kito tak sodar. Taubat adolah satu satu tindakan yang baik jadi apo bilo berado ditanah suci kito lapang dado. Jadi ko tanah suci bukan untuk melancong tapi beribadah dan peluang yang datang sekali seumur hidup. tapi bagi oran kayo tak heranlah bolih berberapo kali tak po. Kat eden alhamdulilah dah pun memnuaikan bersamo isteri dan sekirony panjang umor ado rozoki berhajat jo. tapi buet sementaro ni nak lihat anak anak poi pulak inshaallah.

org miskin cari iman
November 3, 2011 at 8:04 PM

alhamdulilah , mengerjakan ibadat haji merupakan jemputan dari Allah tiada kena mengena dengan kaya miskin . yakinlah bro praha2.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger