PEMIMPIN PAS DAN DAP AKUI PKR PARTI PALING LEMAH DALAM PAKATAN



Cakap-cakap PKR sebuah parti politik yang paling lemah di kalangan parti pembangkang dalam Pakatan diakui sendiri pemimpin tertinggi PKR. Ini bukanlah perkara baru dan atas beberapa sebab pemimpin PKR kerap kali cuba menonjolkan parti itu sebagai parti yang relevan dalam politik hari ini walaupun mengalami pelbagai halangan dan cabaran.

Sekiranya masih ingat, pada Kongres PKR yang berlangsung di Pusat Sivik Petaling Jaya pada tahun 2010, Timbalan Presiden PKR ketika itu Senator Dr Syed Husin Ali telah mengingatkan anggotanya bahawa parti itu merupakan anggota yang paling lemah dalam Pakatan berbanding PAS dan DAP.

Dalam menghadapi realiti itu, PKR harus menerima hakikat bahawa parti itu diwakili bekas anggota parti lain (UMNO) yang membawa bersama idealogi parti lain ke dalam PKR sekaligus berlakunya pergeseran di kalangan ahli PKR. Demikian juga PKR yang mengaku parti pelbagai kaum, tetapi mempunyai masalah dalaman yang melibatkan kepentingan kaum, dikatakan pemimpin Melayu PKR memandang rendah terhadap kaum lain dalam PKR terutamanya masyarakat India sehingga menyebabkan mereka terasa teraniaya dan ditindas.


Dalam setiap pilihan raya samaada Pilihan Raya Kecil mahupun Pilihan Raya Negeri Sarawak lepas yang menyaksikan permintaan PKR terhadap kerusi melebihi daripada kemampuannya. Walaupun PKR dilihat sebuat parti yang kecil, tetapi nafsu untuk bertanding dalam pilihan raya sangat besar. Jadi, tidak hairanlah PKR bertembung dengan sebilangan parti pembangkang tempatan seperti SNAP dalam PRN Sarawak Ke-10.

PKR juga tidak menafikan bahawa di kalangan pemimpin tertingginya banyak diisi pemimpin Melayu, tetapi tetap berkeras mewakili pelbagai kaum. Juga, di kalangan pemimpin PKR seperti 3 beranak, Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Nurul Izzah antara pemimpin PKR yang paling kaya. Tidak terkecuali Azmin Ali yang menumpang kekayaan 3 beranak itu.

Kekayaan pemimpin PKR bukanlah suatu isu baru. Atas sebab itu, Anwar Ibrahim secara terang-terangan tanpa meminta pandangan pemimpin PAS dan DAP menolak cadangan Perdana Menteri berkenaan kenaikan elaun Ahli Parlimen. Berbeza dengan kebanyakan Ahli Parlimen PKR yang elaun bulanan yang diterima mereka terpaksa diberikan separuh kepada parti bagi menguruska aktiviti parti. Senario itu menyebabkan kebanyakan Ahli Parlimen PKR tidak cukup elaun untuk membantu rakyat di kawasannya.


Penganalisis politik dari UCSI, Ong Kian Ming berpendapat imej PKR terlalu bergantung kepada Anwar Ibrahim. Walaupun beberapa pemimpin PKR seperti Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Chegu Bard dan Tony Pua bergerak sendiri dalam mengutarakan isu nasional, ianya masih tidak cukup untuk menidakkan PKR sebagai parti paling lemah dalam Pakatan.

Kemunculan parti KITA yang dipimpin bekas orang kuat PKR, Zaid Ibrahim dijangka memberikan persaingan sengit kepada PKR walaupun KITA kalah kepada PKR. Kini, PKR bukan sahaja berhadapan dengan PAS dan DAP dalam Pakatan, tetapi juga kepada KITA yang sehaluan sebagai pembangkang juga kepada UMNO dan BN secara keseluruhannya.

James Chin dari Sunway University juga berpendapat PKR merupakan sebuah parti politik di Malaysia yang paling lemah, lebih lemah daripada parti KITA berdasarkan kecelaruan organisasinya di peringkat akar umbi.

Walaupun memenangi beberapa kawasan di bandar, tetapi sehingga kini masih gagal mengukuhkannya dan dijangka kalah teruk dalam PRU-13 akan datang. Kebanyakan rakyat mengundi PKR hanyalah disebabkan hubungannya dengan PAS dan DAP, dan bukannya berdiri atas nama PKR. Demikian juga ketika itu rakyat berdendam dengan BN yang ketika itu dilihat sangat lemah hingga tercetusnya tsunami politik.


Kejayaan BN mengukuhkan kedudukannya dalam politik negara dengan melakukan transformasi politik dilihat menjadi kegusaran pemimpin PKR. Ancaman Anwar Ibrahim akan dipenjarakan ekoran perbuatan terkutuknya sendiri dijangka akan menghancurkan parti itu. Keyakinan Anwar Ibrahim bahawa Azmin Ali akan diangkat sebagai penggantinya telah tidak dapat diterima ahli-ahli PKR yang melihat Azmin sebagai pemimpin yang akan merosakkan lagi parti yang kini telah rosak.

Masalah yang paling besar dihadapi PKR pada PRU-13 pastinya pembahagian kerusi di peringkat Parlimen mahupun DUN. Dengan selera yang masih besar dan mahu membuktikan PKR masih parti yang relevan, Anwar Ibrahim pastinya akan menempatkan seberapa ramai calon PKR. Namun, PAS dan DAP tidak akan semudah itu untuk menerimanya memandangkan kreadibiliti PAS dan DAP lebih kuat berbanding PKR. Jadi, PRU-13, PKR bukan sahaja berhadapan dengan BN dan KITA, tetapi juga PAS dan DAP.

Di sebalik semua yang berlaku di atas, pemimpin PKR akan terus cuba menyakinkan pengundinya bahawa mereka mempunyai pelan peralihan pucuk pimpinan dan keyakinan dalam menghadapi pilihan raya. Namun begitu, apa saja yang dilakukan PKR, rakyat secara keseluruhannya masih belum percaya dan mempercayainya. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 27, 2011 at 11:18 AM

PKR suka main wayang

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger