PALSUKAN RESUME, PECAT CHEF RIZ DARI MASTERCHEF MALAYSIA



Chef Riz yang merupakan anak kepada Chef terkenal iaitu Chef Wan, juga merupakan salah seorang juri dalam program masakan Masterchef Malaysia dikhabarkan melalui The Malaysian Insider bahawa Chef Riz telah menipu dan mengubah resume beliau.

The Malaysian Insider telah menghubungi Restaurant Babbo sendiri untuk mendapatkan pengesahan tersebut, dan pihak restaurant tersebut menafikan tidak pernah mempunyai pekerja yang bernama Mohd Nadzri Redzuwan, dan menurut pihak Astro, profile yang terdapat di laman web Masterchef Malaysia adalah diberikan sendiri oleh Chef Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Redzuwan.

Setelah kenyataan mengenai pemalsuan resume, ayah kepada Chef Riz iaitu Chef Wan telah pun mengeluarkan kenyataan di laman fan page facebooknya seperti di bawah ini.


Tahniah Chef Wan di atas rasa tanggungjawabnya ke atas kesilapan anaknya. Bagaimanapun, sebagai seorang chef profesional, Chef Riz tidak sepatutnya berbuat demikian hanya mahu mendapatkan populariti. Memalsukan resume dilihat sebagai suatu tindakan yang sangat salah dan memalukan bagi seorang chef profesional. Walaupun telah memohon maaf, sewajarnya suatu tindakan tatatertib harus dikenakan ke atasnya sebagai pengajaran kepada orang ramai.

Justeru, tindakan memecat dilihat jalan terbaik bagi mengeruhkan keadaan dan menggantikannya dengan chef yang baru sebagai jalan penyelesaian. Sememangnya Malaysia tidak ketandusan chef dan ini secara langsung memberikan pengajaran yang berguna kepada Chef Riz bagi masa depannya.

Walaupun ianya dilihat keterlaluan, namun demi nama baik ayahnya, itulah jalan terbaik ketika ini. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 12, 2011 at 12:14 PM

aku setuju agar dia dipecat untuk jadikan pengajaran pada yang lain. Kalau tiada tindakan diambil, penipuan resume akan lebih berleluasa....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger