MINTA MAAF TIDAK MEMADAI, PECAT NGA KOR MING



Kebiadapan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming yang mengeluarkan kenyataan berbaur rasis kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir kerana menggelarkannya 'hitam metalik' telah mendapat templak daripada orang ramai termasuk ahli-ahli Pakatan Pembangkang.

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim dalam kenyataannya menjelaskan penghinaan itu adalah sangat serius dan perlu diambil tindakan segera supaya mana-mana pihak yang bersalah tidak dibiarkan terlepas.

''Tindakan disiplin mesti diambil terhadap Kor Ming supaya kenyataan beliau itu dianggap tidak mewakili parti. DAP bukan parti rasis, tetapi sangat jelas terdapat ahli parti yang tidak berfikir sebegitu.”

''Kenyataan itu bukan hanya menyakitkan, tetapi tidak masuk akal bagi sebuah parti berbilang kaum seperti DAP," katanya sebagaimana yang dipetik dalam portal The Mole.”

''Dia (Kor Ming) patut tahu kenyataan sebegitu tidak diterima di Malaysia. Ini menunjukkan sikap kebodohan beliau berbuat begitu. Saya percaya jawatankuasa disiplin parti akan berbuat sesuatu (ambil tindakan).''


Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, tuduhan terhadap Kor Ming mestilah dibuktikan sebelum apa-apa tindakan boleh dipertimbangkan.

Dan, secara jelas, TV3 dalam Buletin Utamanya telah menyiarkan video semasa Ng Kor Ming berceramah di kalangan ahli-ahli PAS di Perak.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger