MAK CHEE KIN MINTALAH BANTUAN PAKATAN PEMBANGKANG



Ketika kerajaan memutuskan PPSMI akan dimansuhkan secara berperingkat setelah beberapa tahun dibuat kajian dibuat berdasarkan keputusan suara-suara ibu bapa, Pakatan Pembangkang meraih kegemilangan kononnya keputusan kerajaan itu adalah kejayaan mereka selama ini yang memperjuangkan Bahasa Malaysia.

Selepas kerajaan komited untuk memansuhkan PPSMI dan dalam masa yang sama memperkasakan mata pelajaran Bahasa Inggeris sebagai kredit dalam kehidupan harian, sekumpulan penduduk di Melaka yang diterajui Mak Chee Kin yang kebanyakannya penduduk berketurunan Cina mengadakan perhimpunan aman bagi mendesak kerajaan menarik balik pemansuhan PPSMI.

Mereka mengadakan perhimpunan secara aman di Stadium Tun Fatimah di Bukit Serindit, Melaka bagi menyokong perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris.
                                                                                                                          
"Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan, terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyidin Yasin kerana menangguhkan perlaksanaan (pengajaran sains dan matematik) dalam Bahasa Malaysia untuk beberapa tahun lagi. Namun, kita juga mendesak kerajaan dapat mengkaji semula PPSMI bagi kepentingan pendidikan anak-anak kita.

Kita bukan anti-kerajaan, kita bukan anti bahasa Malaysia tapi kita cuma nak yang terbaik untuk anak-anak kita.

Sepatutnya, Mah Chee Kin minta bantuan Pakatan Pembangkang terutama DAP supaya PPSMI ini diwujudkan semula dan bukannya mendesak kerajaan. Seperti yang dikatakan Pakatan Pembangkang, disebabkan merekalah PPSMI dimansuhkan. Malah, mereka bijak menggunakan Sasterawan Negara, A. Samad Said sebagai boneka untuk menghapuskan PPSMI. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 20, 2013 at 2:38 PM

Mak Chee Kin adala pemilik Edaran Sumber di Melaka. Sekolah-sekolah di Melaka sepatutnya memboikot melanggan barangan alatulis nmahupun sekolah kerana pegerakan beliau menentang kerajaan

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger