MAJLIS PEGUAM PERTAHAN PROGRAM SEKSUALITI MERDEKA PERTIKAI AGAMA ISLAM



Presiden Majlis Peguam, Kim Chee Wee tetap akan mempertahankan penganjuran program Seksualiti Merdeka dan diadakan mengikut masa yang ditetapkan. Majlis Peguam berpendapat penganjuran program sebegini bertujuan untuk mengiktiraf hak seksual di kalangan golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LBGT) di Malaysia.

Kim Chee Wee menegaskan selama ini golongan LBGT telah dilayan seperti orang luar meskipun mereka merupakan warganegara Malaysia.

Tindakan Presiden Majlis Peguam itu secara langsung mempertikaikan kedudukan agama Islam di negara ini. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, Majlis Peguam harus melihat perkara ini dari sudut kepincangan agama yang pada asasnya Islam tidak membenarkan perlakuan LBGT itu dalam masyarakat.

Bagi sesetengah pihak berpendapat penganjuran program seperti itu merupakan sebahagian daripada agenda besar jahat musuh-musuh Islam untuk merosakkan akidah dan kekuatan masyarakat Islam di negara ini yang bertunjangkan agama, bangsa dan budaya sejak merdeka.

Menurut Senator Ezam Mohd Noor, perkara ini telahpun dibawa PKR sejak 5 tahun lalu dan beberapa NGO’s yang memihak kepada Pakatan Pembangkang. Namun, baru kini Pakatan Pembangkang dan NGO’s mahu mendedahkannya atas tujuan perjuangan hak asasi rakyat.

Perasmian program Seksualiti Merdeka yang akan diadakan Majlis Peguam itu akan dirasmikan oleh bekas Presiden Majlis Peguam, S. Ambiga. Cubaan S. Ambiga dan Majlis Peguam itu dilihat cuba untuk bermain api apabila mahu melihat kerajaan mengambil tindakan tegas ke atas beliau.

Ini berikutan sebelum ini sewaktu perhimpunan haram BERSIH 2.0, S. Ambiga hanya diberikan amaran dan tidak dikenakan reman. Inilah yang menyebabkan S. Ambiga semakin keras kepala dan menunjukkan keangguhannya.  

Tindakan S. Ambiga itu seolah-olah mahu menduga kerajaan yang dilihat seakan-akan tersepit dengan kehendak rakyat dan kesucian agama Islam. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger