MAJLIS PEGUAM, AMNESTY INTERNATIONAL MALAYSIA, JUSTICE FOR SISTERS DAN SUARAM YANG SOKONG BERSIH 2.0 SOKONG PROGRAM HOMOSEKSUAL



Usaha untuk menghalalkan hubungan sejenis seperti yang dianjurkan Anwar Ibrahim dalam kes-kes liwatnya sebelum ini telah diteruskan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang sebelum ini menyokong penuh BERSIH 2.0 seperti Majlis Peguam, Amnesty International Malaysia, Justice For Sisters dan SUARAM.

Islam melarang umatnya mengamalkan hubungan sejenis dan kewujudan beberapa pihak yang menganjurkan program itu yang dikenali sebagai Seksualiti Merdeka dilihat cuba untuk menunjukkan ketegasan mereka memerangi ajaran Islam.

Dalam isu murtad memperlihatkan kesungguhan umat Islam di Malaysia memeranginya secara berterusan dan kali ini penganjuran program hubungan sejenis Seksualiti Merdeka seperti mahu menguji kesabaran umat Islam di Malaysia.

Selain Majlis Peguam, Amnesty International Malaysia, Justice For Sisters dan SUARAM, NGO’s lain yang terlibat merangkumi kira-kira 20 NGO’s dan individu cuba mempromosikan program Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula hari ini hingga 13 November depan. Mereka terdiri daripada:


Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV

Difahamkan tujuan utama program Seksualiti Merdeka 2011 diadakan adalah untuk mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat negara ini. Antara beberapa aktiviti yang diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Dalam pada itu, penganjur percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi walaupun mereka termasuk dalam golongan homoseksual.

Penganjuran Seksualiti Merdeka yang berlangsung di Galeri Annexe, Kuala Lumpur ini merupakan penganjuran kali ke-4 sejak pertama kali diadakan pada 2008.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger