MADRASAH DIROBOH UNTUK BINA KOMPLEKS MEMBELI BELAH




Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak dan beberapa anggota Exco kerajaan negeri ke majlis pecah tanah projek pembangunan Kompleks Membeli-belah Aman Central telah 'disambut' dengan demonstrasi aman.

Seramai 30 kariah Madrasah Sahiliah Kanchut, Jalan Tambang Badak telah mengadakan demontrasi bagi membantah tindakan Kerajaan PAS Kedah membenarkan pengambilan tapak dan bangunan madrasah berstatus wakaf khas berkenaan untuk projek pembangunan membina kompleks membeli belah yang dikenali sebagai Kompleks Aman Central.

Mereka berhimpun kira-kira 30 meter di hadapan tapak majlis selepas 15 minit acara bermula pada pukul 9.30 pagi dan melaungkan kata-kata bantahan bagi menyuarakan kekecewaan mereka.

Sebelum ini, kariah madrasah telah menolak cadangan kerajaan PAS Kedah untuk tidak mengambil tapak tanah masjid itu dan seterusnya meroboh masjid yang berusia lebih100 tahun. Bagaimanapun, disebabkan kuasa memihak kepada kerajaan PAS Kedah, akhirnya madrasah yang cuba dipertahankan itu terpaksa dirobohkan.

Wakil madrasah, Mansor Ahmad berkata, mereka bertegas enggan berpindah dari tapak asal premis tersebut walaupun surau Madrasah Sahiliah akan digantikan dengan sebuah surau di tingkat bawah kompleks membeli-belah itu akan dibangunkan di situ tidak lama lagi.

Pihaknya mahu sebuah madrasah yang dibina berasingan daripada bangunan kompleks yang terletak antara 50 hingga 100 meter daripada tapak asal madrasah.

Menurut mereka, pembinaan surau di dalam kompleks itu adalah hal lain kerana sememangnya menjadi tanggungjawab pengurusan kompleks perlu menyediakan surau bagi kemudahan pengunjung.

Ternyata sekarang PAS Kedah lebih menilai wang ringgit daripada keperluan semasa rakyat dan nilai sejarah. Inikah yang dikatakan memperjuangkan Islam? Malah boleh dikatakan 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger