KONGRES PKR KE-8: PEMIMPIN TERTINGGI NAFIKAN PKR ANGGOTA PAKATAN PALING LEMAH



Pada hari ini, PKR mengadakan Kongres Kebangsaan PKR Ke-8 bertempat di Johor. Dianggarkan lebih 2,000 perwakilan PKR dan pemerhati dari seluruh negara menghadirinya. Bersesuaian dengan kongres itu, telah ada cakap-cakap perwakilan bahawa PKR merupakan parti paling lemah berbanding PAS dan DAP dalam kelangsungan Pkataan Pembangkang.

Penurunan merudum PKR disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan tindak-tanduk Azmin Ali yang cuba menangkis pengaruh pemimpin-pemimpin PKR lain dalam usahanya menjadi pengganti Anwar Ibrahim pada masa akan datang.

Demikian juga, sejak kebelakangan ini ramai pemiminpin dan anggota PKR yang mengambil keputusan melompat parti dan perletakkan jawatan pemimpin akibat daripada kecelaruan dalam pemilihan PKR pada tahun lepas.


Berasaskan kepada kejatuhan pengaruh PKR dalam Pakatan Pembangkang, ramai penganalisis politik berpendapat usaha menaikkan kembali imej PKR akan melalui kesukaran disebabkan kepercayaan orang ramai terhadap parti itu telah terhakis.

Menurut penganalisis politik dari UKM, Dr Sivamurugan Pandian, menjelaskan halangan paling besar yang perlu dihadapi PKR dalam memulihkan imejnya ialah wujudnya persepsi bahawa mereka terlalu memberi tumpuan terhadap penglibatan orang Melayu sedangkan parti itu dikatakan mewakili pelbagai kaum dan etnik.

Selain itu, PKR juga mengalami masalah kepimpinan di Selangor apabila ramai ahli PKR tidak berpuashati dengan corak pimpinan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai boneka DAP. Demikian juga perebutan kuasa antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali yang merupakan kemuncak konflik dalaman PKR di samping pembubaran PKR di Sabah dan keluar parti di kalangan ahli-ahli PKR di Sarawak.

Manakala, jawatan Presiden PKR yang disandang Wan Azizah dilihat tidak berfungsi berbanding jawatan Ketua Umum PKR yang tiada dalam perlembagaan PKR.


Kejayaan PKR dalam sejarah penubuhannya hanya dapat dilihat pada tahun 2008 ketika kemenangan bergayanya dalam PRU-12. Namun, setelah 43 bulan berlalu, tanggapan PKR kuat kini telah berubah, daripada sebuah parti yang baik dan diterima rakyat tetapi kini telah menjadi teruk dan semakin dipinggirkan rakyat.

Untuk itu, Kongres PKR pada minggu ini di Johor akan digunakan sepenuhnya oleh pemimpin tertinggi PKR dalam usaha menyakinkan kembali rakyat akan agenda sebenar PKR yang dilihat telah jauh menyimpang.

Biarpun pelbagai langkah yang diambil PKR, namun ia tidak dapat mengelak daripada dilihat sebagai sebuah parti yang tidak disenangi dalam Pakatan Pembangkang. Selain dikatakan memonopoli kuasa seperti yang ditunjukkan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali, PKR juga mahu dilihat sebagai jaguh apabila mahu meminta kerusi yang lebih banyak dalam PRU-13 akan datang seperti mana yang dilakukannya pada tahun 2008. Pastinya, tujuan tersirat adalah untuk menggambarkan kepada rakyat bahawa PKR masih sebuah parti popular dalam Pakatan Pembangkang.

Hakikat yang tidak dapat disangkal oleh pemimpin tertinggi PKR ialah penyebab utama kejatuhan PKR pada pandangan rakyat ialah Anwar Ibrahim. Apakah akan terjadi kepada PKR sekiranya Anwar Ibrahim akan dipenjarakan sebelum PRU-13 nanti?
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger