KENAPA PAKATAN PEMBANGKANG BERIYA-IYA MAHU MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL?



Keprihatinan bloggers dalam mendedahkan penggunaan dakwat hitam seperti yang diinginkan Pakatan Pembangkang sebelum ini perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh kerajaan dan SPR. Perjuangan mereka ini bukan kerana wang ringgit, tetapi lebih kepada perjuangan membongkarkan rahsia sebenar yang selama ini disembunyikan Pakatan Pembangkang dalam penggunaan dakwat kekal.

Justeru, kini jelaslah tujuan sebenar mengapa Pakatan Pembangkang selama ini beriya-iya benar mahukan SPR menggunakan dakwat kekal dalam PRU-13 akan datang. Hakikatnya, penggunaan dakwat kekal seperti yang dikehendaki Pakatan Pembangkang seharusnya diketepikan memandangkan ianya tidak relevan dan sesuai. Oleh itu, adalah lebih baik Pakatan Pembangkang menggunakan biometrik seperti yang disarankan Perdana Menteri.

Penggunaan dakwat hitam itu, selain beralih kembali kepada zaman tradisional ianya juga dilihat tidak praktikal kerana banyak kelemahan. Kini, zaman ICT yang mengkehendaki penggunaan komputer seharusnya dilaksanakan dan bukannya menuju ke belakang.

Pendedahan Papa Gomo dalam menunjukkan kepada kita semua betapa dakwat kekal yang dicanangkan Pakatan Pembangkang itu mudah untuk dihilangkan. Malah, ianya dapat dihilangkan tidak sampai 5 minit. Apakah motif Pakatan Pembangkang yang selama mahukan penggunaan dakwat kekal dalam PRU-13 nanti?

  
Terkejut. Inilah yang sebenarnya yang hendak disembunyikan Pakatan Pembangkang kononnya penggunaan dakwat hitam sangat praktikal seperti yang digambarkan dalam tuntutan S. Ambiga dalam BERSIH 2.0. inilah juga taktik kotor PKR, DAP dan PAS dalam menjatuhkan kerajaan pada PRU-13 akan datang.  


Mengikut tuntutan S. Ambiga yang mewakili BERSIH 2.0 dan Pakatan Pembangkang, dakwat kekal yang disarankan mereka berjenama Indelible Ink yang dikeluarkan oleh syarikat GLC Mysore Paints & Vanish Ltd dari India. Dianggarkan sebotol dakwat kekal itu dapat menampung seramai 700 orang pengundi dan boleh kekal pada 2 hingga 3 hari jika tidak menggunakan sebarang pencuci.


Bercakap mengenai pencuci yang boleh menghilangkan dakwat kekal itu, terdapat 2 pencuci yang boleh menghilangkan dakwat kekal iaitu, PENCUCI 1 yang mengandungi Sodium Hydroxide Solution yang boleh diperolehi di farmasi dan hardware.


Manakala, PENCUCI 2 mengandungi Alcohol dengan Turtentine yang juga boleh didapati di farmasi dan kedai hardware yang berdekatan.


Demikian juga dengan Panic Stone yang sering digunakan untuk membersihkan kuitik dipercayai boleh menghilangkan dakwat kekal. Difahamkan kapas yang mudah diperolehi di farmasi juga boleh menghilangkan dakwat kekal. 


Sekarang sudah jelas kenapa dakwat kekal menjadi taruhan Pakatan Pembangkang dalam PRU-13 demi mencapai cita-citanya menuju ke Putrajaya.

Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger