KARIM HAMZAH SAMAN CHONG CHIENG JEN



Dakwaan Chong Chieng Jen, ADUN DAP Kota Sentosa bahawa Abdul Karim Rah­man Hamzah memiliki tanah di kawasan Siol Kandis yang didakwa termasuk dalam Seksyen 47 disifatkan sebagai tidak berasas dan fitnah.

“Tanah itu terkecuali daripada Seksyen 47 kerana posisinya me­mang tidak terletak dalam kawasan yang termaktub, bukannya atas kedudukan saya (dalam kera­jaan).”

Abdul Karim Rah­man Hamzah

Sebaliknya, tanah yang dimaksudkan Chong Chieng Jen sedikitpun tidak terletak dalam kawasan Seksyen 47. Tindakan Chong Chieng Jen dilihat sebagai melampau dan mempunyai maksud tersirat untuk menggambarkan bahawa pemimpin BN menggunakan kuasa untuk mendapatkan tanah.

Keadaan ini sangat merbahaya dan secara langsung telah menimbulkan fitnah yang besar serta membolehkan rakyat mengetahui berita dan cerita yang tidak benar. Justeru, Karim Hamzah tidak teragak-agak untuk membawa perkara ini ke mahkamah dan biarlah mahkamah dan undang-undang yang menentukan nasib Chong Chieng Jen.

Dalam pada itu, Karim Hamzah juga memberitahu sebahagian keluarganya yang memiliki beberapa bidang tanah di kawasan tersebut yang sudah di­gunakan kerajaan untuk membina jalan dan diberi pampasan. Kesediaan mereka menyerahkan tanah tersebut adalah demi untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat. Jika diberi situasi yang sama, apakah Chong Chieng Jen juga akan menyerahkan tanah miliknya kepada kerajaan untuk tujuan pembangunan?

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Un­dangan Negeri, Datuk Roland Sagah meminta Chong Chieng Jen menarik balik kenyataan yang didakwa berunsur syak wasangka dan fitnah.  
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 18, 2011 at 7:21 PM

saman aja yb..apa tunggu lagi...banyak isu lain keatas rakyat yg jem di bandaraya akibat korek sana korek sini da 2 tahun tak d pedulikan..isu bodoh di bawanya...saya sokong jika YB bertegas saman mangkok seekor ni

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger