GILIRAN PENARIK BECA PULA BANTAH LIM GUAN ENG



Sebelum perhimpunan BERSIH 2.0, Pulau Pinang telah dikejutkan dengan sekumpulan rakyat Pulau Pinang yang memakai baju merah berarak menuju ke Pejabat Ketua Menteri di Bangunan Komtar bagi membantah Lim Guan Eng dan DAP yang menyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 dan pentadbiran Kerajaan DAP yang menyisihkan rakyat Pulau Pinang berketurunan Melayu.

Ini kemudiannya disusuli dengan perarakan golongan belia yang memakai baju berwarna kuning yang terdiri daripada anak-anak muda yang membantah pentadbiran Lim Guan Eng yang dikatakan mengabaikan kebajikan belia di Pulau Pinang. Keperluan seperti litar lumba dan rekreasi seperti yang dijanjikan DAP pada PRU 2008 hanya tinggal janji.

Dan, kini kumpulan penarik beca di Pulau Pinang pula telah mengadakan demontrasi bagi membantah corak pentadbiran Lim Guan Eng. Kira-kira 50 penarik beca berhimpun bagi melahirkan rasa tidak puas hati terhadap Lim Guan Eng yang didakwa meminggirkan kebajikan golongan itu. Justeru, mereka menuntut supaya nasib mereka dibela oleh kerajaan negeri.

Demonstrasi bermula selepas solat Jumaat di depan Hotel Cititel, Jalan Penang yang menjadi tempat berkumpul golongan tersebut untuk menunggu pelanggan setiap hari. Selain penarik beca, juga diiringi kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mereka berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sejauh lebih satu kilometer.

Dengan memakai baju T berwarna kuning yang tertera perkataan 'Selamatkan Pulau Pinang, LGE (Lim Guan Eng) Anti Melayu', mereka membawa pelbagai sepanduk bertuliskan perkataan antaranya, 'Kami mahu perhentian beca', 'Mana kebajikan kami' dan 'Nasib penarik beca terpinggir'. Mereka turut melaungkan kata-kata 'Lim Guan Eng penipu' dan 'Lim Guan Eng penindas'.

Tindakan mereka itu menyebabkan lalu lintas di sepanjang jalan terbabit sesak kira-kira sejam apabila orang ramai memperlahankan kenderaan masing-masing untuk melihat apa yang berlaku.

Bagaimanapun, hasrat kumpulan penarik beca tersebut untuk bertemu Guan Eng bagi menyerahkan memorandum tidak kesampaian apabila Setiausaha Agung DAP itu enggan melayan permintaan mereka. Antara kandungan memorandum itu ialah menuntut elaun sara hidup RM100 sebulan bagi penarik beca dan disediakan perhentian beca.

Nampaknya, selepas ini Lim Guan Eng kena memikirkan apa pula kejadian selepas ini? Bersiap sedialah Lim Guan Eng. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger