GAJI MINIMUM: STRATEGI TERBARU POLITIK PKR SELANGOR HADAPI PRU-13



Apakah PKR Selangor mampu melaksanakan gaji minimum RM1,500 sebulan kepada pekerja syarikat kerajaan negeri Selangor? Inilah yang menjadi persoalan kepada pekerja syarikat kerajaan negeri Selangor yang kini tertanya-tanya sama ada mampu atau mahu mendapatkan undi? Apakah ini hanya janji-janji pilihan raya atau sekali lagi janji-janji kosong PKR Selangor?

Jika benar PKR Selangor mahu melaksanakan dasar gaji minimum, sepatutnya ia telah diadakan pada tahun 2008 lagi sejak pengambilalihan kerajaan negeri selepas PRU 2008.

Cadangan pelaksanaan gaji minimum RM1,500 bagi kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor adalah sesuatu yang tidak masuk akal kerana ia sukar dilaksanakan dengan pendapatan yang diraih negeri itu. Ini kerana, negeri lain yang mempunyai sumber pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding Selangor tidak mampu berbuat demikian apatah lagi Selangor.

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dalam pembentangan Bajet Selangor 2012 telah mengumumkan kadar gaji minimum RM1,500 kepada anak syarikat kerajaan negeri Selangor. Ini termasuk syarikat yang mempunyai prestasi kewangan stabil iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Worldwide.

Bagi syarikat yang tidak mampu pula, kerajaan negeri berjanji memberi peruntukan RM10 juta bagi menampung kos dasar itu. Apakah ia mampu dilaksanakan kerajaan Selangor hanya berpaksikan desakan politik bagi meraih sokongan penduduk menjelang pilihan raya umum nanti.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger