DAKWAAN BARU BIAN MURID TABIKA KEMAS DIAJAR DAKWAH ISLAM TIDAK BERASAS



Masyarakat Islam hidup dalam aman damai dengan pelbagai kaum yang berlainan agama di Sarawak. Walaupun penduduk Islamnya minoriti, namun disebabkan kesederhanaan agamanya membuatkan penduduk pelbagai kaum dan agama lain boleh menerima kehadiran Islam tanpa sebarang rasa was-was.

Kenyataan Baru Bian: Pada sesi perbahasan minggu lalu, Baru Bian mendakwa ada cubaan berdakwah secara halus di kalangan tenaga pengasuh Tabika KEMAS di Ba'Kelalan yang menimbulkan kebimbangan ibu bapa sehingga ada yang mendakwa anak mereka diajar berdoa secara Islam.

Terbaru, tindakan Baru Bian dalam sidang DUN Sarawak mendakwa cubaan kerajaan melalui Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) KEMAS mengislamkan pelajar-pelajar bukan Islam di kawasan konstituensinya di Ba’Kelalan ternyata tidak benar dan bersifat mempunyai agenda lain.

Ini disangkal Datuk Fatimah Abdullah yang menafikan sekeras-kerasnya cubaan untuk berdakwah secara halus oleh tenaga pengasuh Islam di Tabika KEMAS yang majoritinya kanak-kanak beragama Kristian.

Dalam siasatannya selepas dakwaan Baru Bian itu, mendapati ada 11 Tabika Kemas di Ba'kelalan dan hanya 3 orang pengasuh beragama Islam dan 2 Tabika tersebut mempunyai ramai kanak-kanak beragama Islam. manakala, 8 tabika lain pengasuh-pengasuh terdiri daripada mereka bukan Islam.

Dakwaan Baru Bian: Baru Bian juga menyuarakan kebimbangan mengenai ramai tenaga pengasuh dari Semenanjung yang bertugas di Tabika KEMAS yang boleh menimbulkan konflik keagamaan dan budaya sekaligus mencadangkan kerajaan meningkatkan pengambilan rakyat tempatan sebagai tenaga pengasuh KEMAS.

Di samping itu, dakwaan Baru Bian bahawa terdapat guru-guru Tabika dari Semenanjung ternyata suatu lagi pembohongan. Malah, menurut Datuk Fatimah Abdullah, kesemua tenaga pengajar Tabika itu terdiri daripada penduduk tempatan Sarawak. Justeru, Baru Bian diingatkan supaya memahami dan menyelidiki terlebih dahulu sebarang isu sebelum dibawa ke DUN untuk dibincang dan dibahaskan. Jangan hanya mahu mendapatkan publisiti, wakli rakyat sengaja mencari isu-isu yang sensitif hingga boleh menimbulkan perpecahan perpaduan dalam masyarakat.

Berbeza keadaannya di Sekolah Menengah Kebangsaan St apabila setiap pelajarnya yang menghadiri perhimpunan sekolah diminta untuk membaca ayat-ayat dalam kandungan Bible. Sama ada pelajar itu Kristian atau Islam, setiap pelajarnya dikehendaki membaca potongan ayat-ayat itu. Bagaimanapun, ini tidak menjadi isu bahkan ada pelajar-pelajar Islam yang hafal potongan ayat-ayat dalam Bible.

Pun begitu, dalam hal ini ahli politik tidak seharusnya mengambil kesempatan dalam memanipulasikan agama sebagai sebagai agenda dan kepentingan politik mereka. 
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
November 22, 2011 at 9:14 AM

Wakil Rakyat BN & Pembangkang haruslah berhati-hati mengeluarkan kenyataan mengenai Agama di dalam Dewan Negeri mahupun Dewan Rakyat. Jangan suka menuduh yang bukan-bukan. Lihat sahaja negara-negara yang berpecah kerana komplik agama ini. Di Sarawak, ADUN & ADR jangan hendak popularkan diri anda dengan Isu Agama ini. Saling hormat menghormati diantara satu sama lain adalah amalan yang amat mulia disisi Tuhan.

Anonymous
November 23, 2011 at 9:14 AM

Pembangkang yang selalu mencari apa saja dijadikan isu dipublisitikan.

Perlu awasi mereka ini sentiasa. Kutuk mereka bila nampak tidak semenggah saja.

Ada yang percaya jika mereka selalu cakap, selalu keuarkan isu, atau cari apa apa jdikan isu, mereka akan popular, kononnya. Perlu ditepis, disangkal dan dipatahkan kata kata mereka itu apabila saja keluar.

Lebih ramai rakyat biasa perlu keluar buat begitu dengan selalu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger