CUBAAN PEMBANGKANG UGUT TUTUP KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA TIDAK BERJAYA



Sepanjang tempoh 2 minggu kebelakangan ini, Pakatan Pembangkang menerusi ‘merpati dua sejoli’ Tony Pua dan Nurul Izzah ligat menyerang Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang dianggap mereka punca kejatuhan imej dan kreadibiliti Pakatan Pembangkang di mata rakyat.

Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan mereka dalam memburukkan KR1M, namun semuanya gagal. Malah, rakyat yang selama ini bergantung harap kepada KR1M ini mengutuk sekeras-kerasnya misi Pakatan Pembangkang untuk menutup KR1M yang telah banyak berjasa kepada mereka khususnya yang berpendapatan rendah dan sederhana.


Tindakan Pakatan Pembangkang itu menunjukkan bahawa semua pemimpin Pakatan Pembangkang tidak mahu membeli barangan keperluan di kedai-kedai murah dan sanggup ke pasaraya besar bagi membeli barangan keperluan.

Rakyat tidak gentar dengan gangguan daripada Pakatan Pembangkang malah memaklumkan akan menggunakan kuasa yang ada pada mereka pada pilihan raya untuk menentukan nasib Pakatan Pembangkang. Jika Pakatan Pembangkang mahu menutup KR1M, rakyat akan mengesyorkan kepada kerajaan supaya membuka lebih banyak KR1M.

Dakwaan Pakatan Pembangkang yang banyak menyerang kualiti dan harga barangan KR1M tidak sedikitpun menganggu tumpuan rakyat untuk terus membeli barangan kepeluan di KR1M. Malah mereka sepakat kualiti produk Kedai Rakyat juga lebih baik atau sama seperti produk lain, malah lebih selamat kerana dijamin kerajaan.

Rakyat sekeras-kerasnya menolak cubaan Pakatan Pembangkang untuk menutup KR1M dan akan menggunakan kuasa yang ada pada mereka dalam pilihan raya bagi menentukan untung nasib mereka pada PRU-13 akan datang. 
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
November 21, 2011 at 4:59 PM

KAT SIBU DAH ADAKE KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA????

Anonymous
November 21, 2011 at 5:01 PM

GIANT MASUK SIBU PUN HARGA BARANG MASIH MAHAL

Anonymous
November 21, 2011 at 5:07 PM

RAKYAT MALAYSIA DI SARAWAK PUN NAK RASA BELI BARANG DI KEDAI RAKYAT 1 MALAYSIA, SEMUA HEBOH NAK MURAHKAN HARGA BARANG DI SEMENANJUNG HABIS KITA DI SARAWAKNI BANYAK SANGAT DUIT KE,,,,, PM KENA TENGOK SIKIT RAKYAT DI SARAWAKNI KAMIPUN UNDI BN JUGA

Anonymous
November 22, 2011 at 10:16 AM

Kerajaan harus perluaskan rangkaian Kedai 1Malaysia sehinggalah ke kawasan pedelaman. Rakyat di Pakan, Saratok, Roban & Julau pun mahukan harga barang murah. Di Sibu / Sarikei jauh lebih murah barang jika dibandingkan di Ulu Krian, Ulu Julau & Ulu Mujok. Buat apa nak kesah dengan harga di bandar. Rakyat luar bandar harus diutamakan. Nanti bila pilihan raya, kawasan pedelaman yang menjadi penyumbang kepada kemenangan BN. Di Sibu (DAP) di Sarikei (Dap). Undi pembangkang baru boleh turunkan harga barang lah nampaknya.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger