BOB LOKMAN AKHIRNYA DITANGKAP



Ekoran sikap “Ustaz Bob Lokman” yang mempertikaikan kerja dan tugas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarangnya berceramah di Selangor kerana bukan pegawai yang ditauliahkan akhirnya akan ditangkap.

JAIS sudah mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap Bob Lokman, Jumaat lalu berikutan kegagalannya hadir memberi keterangan di pejabat pihak berkuasa agama itu kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Ketika ini JAIS sedang menjejaki lokasi penulis lirik, pelakon dan pengacara yang nama sebenarnya, Muhammad Hakim Lokman, 47, dan hanya menunggu masa untuk menahannya yang didakwa sedang bersembunyi setelah mengetahui dirinya kini menjadi buruan JAIS untuk diambil tindakan selanjutnya.

Bob Lokman sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, 10 Oktober lalu. Dia kemudian dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dilepaskan atas jaminan polis.

Bagaimanapun, sehingga kini Bob Lokman gagal dikesan dan ketika dihubungi Berita Harian, beliau enggan mengulasnya samba mempertikaikan tindakan JAIS itu.

Sekiranya didapati bersalah, Bob Lokman boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Andai benar Bob Lokman mengakui dirinya tidak bersalah maka berdepanlah dengan JAIS secara professional. Jangan hanya berani dari belakang sahaja seperti yang selalu dilakukan pemimpin PAS, sebaliknya jika berani tampil hadapan dan hormati undang-undang negara. 
Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
November 2, 2011 at 12:42 PM

KALAU SEMUA ORANG TAK MAHU IKUT UNDANG UNDANG, DAN RASA APA YANG KITA BUAT TAK SALAH ALAMAT HURU HARA LAH NEGARA KITA, KENA LAH IKUT PERATURAN JGN NAK TUNJUK KEPALA BATU.

November 2, 2011 at 1:46 PM

Salam sejahtera, mohon dilink blog hamba disini..
Terima Kasih..http://klboyzwangsa.blogspot.com

Anonymous
November 2, 2011 at 1:51 PM

kalau nak buat konsert, tau plak mangkok hayun ni mintak permit polis, mohon permit majlis perbandaran, mohon permit stadium, mohon permit dari jabatan penerangan , permit sponser,dll.

tapi bila dah taubat, kembali kepangkal jalan tak tau ikut peraturan.

masa jahilliah tau ikut peraturan tapi bila dah jadi baik tak tau ikut peraturan, aje pelik aku.

patutnya bila dah jadi baik dan kembali ke pangkal jalan lagi la nak ikut peraturan, nak lintas jalan pun kene hulur tangan dan jalan bongkok....

patutnya laaaa......

November 2, 2011 at 1:58 PM

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

November 2, 2011 at 1:58 PM

hormat pada sesama manusia....itu satu dari ajaran islam....nampaknya bob masih belum belajar bab itu...macam mana bole dapat lesen berceramah kalau perkara basic macam nie pun tak bole buat....

November 2, 2011 at 2:00 PM

hubungan sesama manusia harus di jaga seperti mana kita menjaga hubungan dengan allah...ini akan di tanya di akhirat nanti....siapa saudara kamu.....

November 2, 2011 at 2:02 PM

tulah namanya sombong bodoh. baru setahun jagung berjinak2 dgn pas, riak bukan main. mengalahkan yusuf qardawi pulak tu. bukan kena hukum bunuhpun, sekadar dtg dan beri keterangan je. jais buat kerja jais, awak buatlah kerja awak. kalau awak rasa tak salah, beritahulah alasan tindakan awak tu tak salah. kt situlah tempatnya untuk mempertahankan tindakan awak tu. bukan kt pentas ceramah belasah org tu, kutuk org ni. nk cari pahala tp dosa yg dapat. benda mudah tp kerana nk tunjuk angkuh, bongkak dan konon kebal, perasan kulit mcm buaya dan tak lut peluru maka arahan jais dilanggar dgn sengajanya. dah la bob, tak payah menyusahkan benda senang. jais bukan mintak awak jadi kapir atau tukar agamapun. teruskan dgn agama awak tu, cuma betulkan allignment supaya dlm keredhaan Allah SWT.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger