BELIA BERBAJU KUNING ADAKAN BERSIH 2.0 BANTAH KERAJAAN DAP PULAU PINANG



Sistem pengangkutan darat Pulau Pinang lumpuh pada petang semalam selama satu jam apabila suara-suara belia Pulau Pinang membara kedegaran di jalan raya bagi mengadakan demontrasi. Tujuannya, ialah membantah pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang yang kecewa dengan corak pentadbiran Setiausaha Agung DAP itu yang seolah-olah meminggirkan golongan belia dengan tidak menyediakan kemudahan riadah mencukupi.

Kira-kira 200 belia menaiki motosikal dengan memakai baju berwarna kuning (mengambil warna BERSIH) yang tertera perkataan “Selamatkan Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) Rasis” berarak dengan menolak motosikal masing-masing ke Bangunan Komtar untuk berjumpa dengan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari di depan Pasar Chowrasta, Jalan Penang di sini dengan para peserta berarak menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sejauh satu kilometer. Bagaimanapun, tiada seorang pun wakil pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang kelihatan untuk menerima dan berjumpa dengan wakil belia.



Melihat tiada wakil Pejabat Ketua Menteri, kumpulan belia ini nekad untuk bergerak ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lebuh Light sambil melaungkan kata-kata ‘Selamatkan Pulau Pinang’, ‘Selamatkan Mat Rempit’ dan ‘Kami Mahu Litar Lumba’.

Dalam demontrasi itu, seramai lima orang ditahan termasuk Pengasas Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga), Sabaruddin Ahmad. Mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan tidak mematuhi arahan polis.

Mengulas tindakan belia itu, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik mendakwa perhimpunan di depan DUN bertujuan menarik perhatian orang ramai dengan memainkan isu perkauman.

Dengan nada tegas, sambil mendakwa kebanyakan peserta perhimpunan ini terdiri daripada samseng jalan raya untuk membuat kacau dan mengganggu ketenteraman awam.

Berdasarkan statistik, sejak DAP mentadbir Pulau Pinang pada 2008, tidak kurang 50 demonstrasi telah diadakan oleh pelbagai pihak bagi membantah corak pentadbiran Guan Eng.

Antara demonstrasi besar yang pernah dianjurkan adalah bantahan terhadap penghapusan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 14 Mac 2008 membabitkan kira-kira 3,000 orang, bantahan oleh penduduk Kampung Buah Pala pada 2009, Perhimpunan Sedaq pada 5 Februari 2010 dan perarakan lebih 1,500 orang di Komtar dan Jambatan Pulau Pinang pada 1 Julai lalu.

Demonstrasi terhadap Lim Guan Eng juga membabitkan pelbagai cara aneh yang dilakukan oleh para peserta termasuk menghantar hadiah keranda, kek hitam, bunga hitam dan pakaian dalam wanita.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger