BELANJAWAN 2012: PEMBERIAN BANTUAN RM500 KEPADA RAKYAT, KERAJAAN BERPEGANG KEPADA JANJI


 
Seperti yang dijanjikan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011, kerajaan tetap akan mengotakan semua janji-janji yang terkandung semasa pembentangan Belanjawan 2011 termasuk pemberian bantuan RM500 kepada rakyat.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri, agensi yang dilantik bagi mengendalikan pemberian bantuan RM500 ini yang melibatkan pemberian kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada awal Januari 2012.

Bagi memudahkan pemberian berjalan lancar, pengagihan bantuan wang tunai itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat. Selain LHDN, agensi lain yang akan membantu dalam pengagihan bantuan rakyat RM500 ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), bank Negara dan POS Malaysia.

Bantuan yang diberikan hanya sekali sahaja (one off) diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Belanjawan 2012 baru-baru ini.

LHDN juga akan menggunakan maklumat melalui fail cukai pendapatan, LHDN dijangka menggunakan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Bagi memudahkan urusan dalam memenuhi maklumat, rakyat yang masih belum mendaftar dengan e-Kasih, boleh mendapatkan borang pendaftaran melalui laman web LHDN. Rakyat juga boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter cawangan LHDN serta agensi dan jabatan yang dilantik.

Untuk itu, rakyat diminta untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini bagi mengetahui perkembangan semasa berhubung pemberian bantuan RM500.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger