BEKAS AHLI PAS IKRAR SOKONG UMNO-BN, TOLAK KEPIMPINAN PAS



Menjadi kelaziman ahli-ahli Pakatan Pembangkang menjelang pilihan raya bertindak keluar parti ekoran kecewa dengan kepimpinan PAS yang bertopengkan Islam, tetapi hakikatnya melakukan pembohongan.

Terbaru, seramai 100 penyokong PAS termasuk 7 pemimpin cawangan keluar parti dan menyuarakan sokongan kepada perjuangan UMNO dan BN untuk menerajui kembali pentadbiran kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua kumpulan, Ismail Abdul Rahman, 63, dari Kampung Panchor, Gunung menyatakan 100 bekas ahli dan penyokong PAS yang hadir pada pertemuan itu adalah ketua keluarga yang akan membawa lebih banyak sokongan kepada UMNO pada pilihan raya akan datang.

Pendekatan pemimpin-pemimpin UMNO yang berusaha menyelesaikan pelbagai masalah rakyat termasuk menyalurkan pelbagai bantuan diperlukan tanpa mengira fahaman politik, menjadi penyebab utama mereka mengambil keputusan meninggalkan PAS. Wakil rakyat Pas tidak pernah berbuat demikian apa lagi menziarahi rumah penduduk miskin kecuali apabila mahu memancing undi setiap kali menjelang pilihan raya.

Kempen mereka hanya melibatkan slogan sahaja tanpa ada usaha untuk membantu menyelesaikan masalah rakyat berbanding pemimpin UMNO. Kalau kita miskin dan perlukan sedikit bantuan wakil rakyat PAS menggunakan alasan ia adalah takdir dan ketentuan.

Ramai penyokong PAS hampa dengan janji PAS untuk membantu membaiki atau membina rumah baru penduduk miskin yang tidak ditunaikan sebaliknya mereka mendapat pembelaan daripada Kerajaan Pusat.

Seorang lagi penyokong PAS, Jusoh Hamat, 63, dari Kampung Kubang Telaga menjelaskan dia selama 40 tahun bersama PAS tetapi kini mengambil keputusan untuk menarik seberapa ramai ahli keluarga dan jirannya membantu UMNO mencapai kemenangan pada pilihan raya akan datang.

Saya rasa tertipu sejak sekian lama menyokong sebuah parti yang gagal membela kebajikan rakyat miskin secara adil dan menyeluruh.

Ternyata PAS bukan sahaja parti politik yang tidak boleh dipercayai malah PAS dianggap parti putar belit lidah bercabang.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger