BARU BIAN SEMBAH ANWAR IBRAHIM UNTUK JADI CALON DI PARLIMEN LIMBANG




Desas desus PRU-13 kian bertiup kencang sama ada di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak. Maka, tidak hairanlah Anwar Ibrahim dan rombongannya sibuk mengadakan road tour ke seluruh negara bagi sesi penerangan dan kempen pilihan raya walaupun Parlimen belum lagi dibubarkan.

Di Sarawak, isu pembahagian kerusi Parlimen di antara kompenan Pakatan Pembangkang masih lagi menghantui mereka. Difahamkan terdapat beberapa kerusi Parlimen yang menjadi tumpuan kompenan ketiga-tiga Pakatan Pembangkang termasuklah kerusi Parlimen Limbang. Ketika ini kerusi Parlimen Limbang disandang ahli Parlimen BN.

Pengerusi PKR Sarawak yang juga ADUN Ba’kelalan, Baru Bian telah mengumumkan hasratnya untuk bertanding dalam PRU-13 di kerusi Parlimen Limbang. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada pucuk pimpinan tertinggi PKR dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim. Ketika ini, Baru Bian dan ahli-ahli PKR telahpun turun padang bagi bertemu rakyat sebagai persediaan menghadapi pilihan raya.

Baru Bian terpaksa menggunakan saluran yang sedia ada termasuk jawatannya sebagai Pengerusi PKR Sarawak untuk bertanding di kerusi Parlimen Limbang. Ini disebabkan selain Baru Bian, turut mengidam kerusi Parlimen Limbang ialah PAS dan DAP.

“PAS dan DAP juga berminat terhadap kerusi Parlimen Limbang. Sebab itu saya menyatakan hasrat saya lebih awal”

ADUN Ba’kelalan, Baru Bian

Konflik pembahagian kerusi Parlimen di kalangan kompenan Pakatan Pembangkang dijangka tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Ini kerana setiap kompenan Pakatan Pembangkang masing-masing berpendirian mahu pengagihan kerusi Parlimen dibuat secara adil dan saksama. Sebelum ini, DAP mahukan kerusi Parlimen yang lebih memandangkan sokongan kepada mereka semakin meningkat di kalangan pengundi Cina dan Bumiputera Sarawak. Namun, ini tidak dipersetujui oleh PKR dan PAS yang menganggap tindakan DAP itu bersifatkan pentingkan diri sendiri.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger