Thursday, November 3, 2011



Jika benar PAS memperjuangkan agama Islam seperti yang tertulis dalam perjuangan PAS, apakah tindakan PAS terhadap Majlis Peguam dan S. Ambiga serta beberapa NGO’s lain yang menganjurkan program Seksualiti Merdeka yang bersifat homoseksual atau hubungan sejenis seperti yang telah dipraktikan Anwar Ibrahim.

Ekoran tindakan beberapa NGO’s itu, pelbagai pihak menyatakan bantahan terbuka dengan agenda baru kumpulan yang didakwa pro homoseksual di Malaysia yang mahu menganjurkan program yang dinamakan Seksualiti Merdeka 2011.

Difahamkan penasihat yang juga ketua kepada penganjuran program ini adalah heroin yang pernah mengetuai perhimpuan haram BERSIH 2.0, S. Ambiga Sreenevasan dan disokong penuh NGO’s yang menyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 seperti Majlis Peguam, SUARAM dan Empower.

Menurut laman web seksualitimerdeka.org program tersebut adalah acara tahunan sejak 2008 yang diadakan di Kuala Lumpur dan akan dirasmikan pada 9 November ini oleh S. Ambiga.


Pelbagai pihak berasa tindakan S. Ambiga itu benar-benar menggalakkan homoseksual yang merupakan amalan songsang menurut ajaran Islam. Ternyata dalam situasi terbaru ini benar-benar menguji PAS sebagai sebuah parti politik Islam. Apakah tindakan PAS selepas ini? Adakah hanya mengambil langkah berdiam diri?

Beberapa artikel yang diterbitkan dalam laman web ini menganjurkan kempen sayangi puak gay dan sejenis dengannya.

"Kami percaya bahawa kita semua berhak untuk bertanggungjawab terhadap tubuh kita sendiri. Kami percaya setiap orang berhak untuk menyayangi dan disayangi, sama ada dia gay, lesbian, biseksual, transgender, heteroseksual, aseksual, pansexual dan sebagainya," kata mereka dalam kenyataan di laman web tersebut.


Di manakah Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS itu? Jika sebelum ini kecoh memperjuangkan komunis, kenapa dalam isu Seksualiti Merdeka itu Mat Sabu senyap sahaja? Apakah Mat Sabu takut kepada S. Ambiga?

Jika betul anak jantan dan perjuangkan Islam, Mat Sabu atau Presiden PAS perlu mengecam S. Ambiga dan program Seksualiti Merdeka. Jika tidak, ternyata PAS sudah menjadi sebahagian lembu kepada S. Ambiga yang telah dicucuk hidungnya. 

2 comments:

  1. Tak yah melalak lah dan hipokrit...sekarang ni pun bersepah2 kat lorong hj taib...
    kita tidak boleh menafikan kewujudan spesis ini di mukabumi...
    bukan kita menolak hukum Ugama...kita x boleh melawan kejadian alam.
    Kalau kita ada otak fikir2kan lah org berpelajaran tinggi..bekas no 2 pun terjebak.Inikan pulak kelahiran lorong hj.taib

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg xboleh nafikan tp xpyh smpai nk kne iktiraf. perlu ke? dunia ni dah penuh dgn org buat dosa, xpyh nk iktiraf pulak dosa2 2. haihh.. xfhm org2 yg berfikiran mcm ni....

      Delete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!