AHLI KELUAR PARTI, CABANG DIBUBAR



Fenomena keluar parti sehingga membubarkan cabang, ranting dan cawangan dilihat semakin menjadi-jadi di kalangan ahli-ahli Pakatan Pembangkang terutama PKR dan PAS. Kesedaran mereka ternyata disambut riang pemimpin BN yang menyifatkan tindakan mereka itu membuktikan perjuangan pemimpin Pakatan Pembangkang terhadap rakyat hanyalah suatu pembohongan.

Ini disuarakan bekas ahli-ahli PKR dan PAS seramai 50 orang di DUN Bachang, Melaka yang mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan janji kosong pemimpin pembangkang. Ekoran tindakan mereka itu, menyaksikan Ranting PKR Bukit Piatu yang sebelum ini menjadi pemangkin kepada kemajuan Pakatan Pembangkang di Melaka telah dibubarkan secara rasmi. Perisytiharan keluar parti yang disertai 30 orang ahli parti dan turut disertai ketuanya, En Said Abu menyifatkan perbuatan keluar parti beramai-ramai adalah atas kesedaran sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Di pihak PAS, Ahli Jawatankuasa PAS Cawangan Pengkalan Batu yang juga Timbalan Ketuanya, Latif Mohd. Yatim bersama 20 penyokongnya mengambil keputusan meninggalkan parti itu. Keputusan meninggalkan parti itu dibuat selepas hilang keyakinan terhadap perjuangan pakatan pembangkang yang dianggap tiada hala tuju.

Selain itu mereka begitu kecewa dengan sikap pemimpin PAS dan PKR yang sering menabur janji-janji manis tetapi tidak ditunaikan. Perjuangan PAS dilihat tidak ada hala tuju dan tidak membawa sebarang perubahan berbanding UMNO dan BN. Sejak menubuhkan cawangan itu pada 1999 sehingga sekarang, PAS sudah lari daripada perjuangan asal untuk menegakkan syiar Islam selain pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak mampu melakukan perubahan kepada rakyat.

Manakala, kepincangan yang berlaku dalam PKR dijadikan alasan utama mereka keluar parti. Janji manis banyak ditabur pada Pilihan Raya Umum 2008 tetapi sehingga sekarang, semuanya tidak ditunai. Menurut mereka lagi, pada Pilihan Raya Umum 2008, mereka telah diperalatkan dan hanya mahukan PKR menang tanpa memperdulikan nasib mereka selepas itu. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger