ADUN DAP NG WEI AIK TAKUT MENEMUI RAKYAT PULAU PINANG



Hanya bersuamikan warga asing, 2 orang wanita tempatan yang merupakan penduduk tempatan Pulau Pinang telah dilabelkan sebagai pengkhianat negara.

Pada 22 November lalu, Sarimah Packeer Mohd, 43, dan Fatimah Sharmin Abdullah, 30, mendakwa dihina sebagai pengkhianat negara oleh Ng Wei Aik.

Kata-kata kesat tersebut dilemparkan ketika Wei Aik meninjau serta menyampaikan bantuan kepada mangsa kebakaran sederet rumah kedai termasuk premis milik mereka di Jalan Gurdwara di sini.

Susulan itu, lebih 300 orang daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhimpun secara aman di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menyuarakan bantahan terhadap wakil rakyat itu.

Mereka menuntut Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melucutkan jawatan Wei Aik yang juga setiausaha politiknya. Tindakan terbaru Ng Wei Aik itu disifatkan sebagai pentadbiran ala gangster. Sebagai wakil rakyat, beliau tidak tidak sepatutnya mengeluarkan perkataan yang dianggap menghina terhadap orang lain.

Rakyat Pulau Pinang tidak mahu perkara ini berulang dan mahukan penyelesaian segera dengan mengambil tindakan terhadap Ng Wei Aik. Justeru, protes yang dilakukan rakyat Pulau Pinang semalam adalah kemuncak kepada kemarahan rakyat.

Tindakan kumpulan tersebut menguasai sepenuhnya laluan sepanjang kira-kira satu kilometer menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di sekitar Komtar.

Di Komtar, mereka berhimpun untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Wei Aik sambil melaung-laungkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

Namun, Ng Wei Aik enggan menemui mereka dan memorandum diambil oleh Pembantu Penerangan Pejabat Ketua Menteri, Zuliana Aziz.

Difahamkan Ng Wei Aik mengambil keputusan tidak mahu menemui wakil-wakil NGO’s itu kerana takut dan mengakui dirinya kini menjadi sasaran BN.

Seperti Ng Koh Meng, Ng Wei Aik sepatutnya dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti dan dijatuhkan hukuman. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger