TERKINI: UIA GANTUNG TUGAS PROF DR ABDUL AZIZ BARI MULAI SEMALAM



Berikutan kontroversi yang dilakukan Prof Dr Abdul Aziz Bari yang mempersoalkan campurtangan Sultan dalam pemeriksaan DUMC tempoh hari, bukan saja dirinya malah majikannya, Univerisiti Islam Antarabangsa juga turut diheret hingga menyebabkan nama universiti itu tercemar kerana melahirkan pegawai atau pensyarah yang bersifat kurang ajar.

Akibatnya, Prof Dr Abdul Aziz Bari telah diberikan surat tunjuk sebab dan majikannya itu juga menggantung tugas Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu. Selain digantung, beliau juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak atas beberapa alasan yang tertentu.

Mulai semalam, tarikh 19 Oktober 2011, surat itu dikeluarkan Prof Dr Abdul Aziz Bari digantung daripada sebarang tugas yang bersangkutan dengan kepentingan UIA dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

Anonymous
October 20, 2011 at 3:18 PM

adat melayu biar mati anak jangan mati adat..tapi bila agama islam dipersenda semuanya diam tak ada tindakan drastik dilakukan mana2 pihak..."bagi aku biar mati anak jangan mati Islam"

Anonymous
October 20, 2011 at 3:24 PM

Harap ia memberi kesedaran kepada aziz bari bahawa malaysia bukanlah amerika. selepas ini tak perlu bercakap perkara2 yg pahit. Kalau ada benar sekalipun akan disifatkan sebagai hasutan. Ingat tu wahai Aziz. Belajarlah budaya semasa di Malaysia, iaitu cium lah tangan pemimpin no. 1 atau berdiam diri kalau ada yg terkilaf, sebab timun tak akan ke mana. Kalau ikhlas percakapan atau tindakan pun bukan boleh menjana pendapatan keluarga, berbanding hipokrit.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger