TARIK BALIK KENAIKAN ELAUN: AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG TIDAK PUAS HATI



Pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat lepas telah diterima baik Ahli Parlimen Barisan Nasional dan Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang khususnya cadangan Perdana Menteri mengkaji semula elaun Ahli Parlimen yang kini hanya menerima RM6,500 sebulan. Walau bagaimanapun, cadangan ini tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak Ahli Parlimen termasuk Bebas sebelum cadangan ini dikuatkuasakan.

Begitupun, sebaik sahaja Perdana Menteri selesai membentangkan Belanjawan 2012 pada Jumaat itu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayob terus memberikan komen dengan menolak cadangan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen.

Atas sebab itu, Datuk Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam sidang medianya di Parlimen memaklumkan cadangan menaikkan elaun Ahli Parlimen ditarik balik. Cadangan kenaikan elaun Ahli Parlimen sekiranya diluluskan akan berkuatkuasa 1 Januari depan membabitkan bajet RM30 juta.

Berikutan pengumuman itu, ramai Ahli Parlimen Pembangkang menyuarakan rasa tidak puas hati dan kecewa dengan keputusan itu. Kebanyakan Ahli Parlimen tidak menyalahkan Nazri Aziz sebaliknya menunding jari kepada Anwar Ibrahim yang bertindak sebagai Ketua Pembangkang kerana menolak cadangan itu.

Menurut beberapa Ahli Parlimen Pembangkang, tindakan Anwar Ibrahim itu dilihat bersikap kepentingan peribadi dan ego. Sepatutnya Anwar Ibrahim berbincang dengan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Pembangkang terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Justeru, tindakan Anwar Ibrahim itu secara jelas telah membelakangkan suara-suara Ahli Parlimen Pakatan Pembangkang yang lain.

Menurut Ahli Parlimen PKR, selama ini mereka telah mengalami perbelanjaan ‘defesit’ setiap bulan memandangkan gaji sebagai Ahli Parlimen cuma RM6,500 sahaja dan dicampur lain-lain  elaun termasuk tuntutan jika parlimen bersidang, mereka hanya perolehi tidak sampai RM12,000 sebulan.

Lebih malang lagi, Ahli Parlimen PKR terpaksa mendermakan RM1,500 kepada parti bagi kos operasi.

“Tolak sebanyak itu, berapa yang kami dapat. Anak isteri juga perlu wang. Ini tak masuk bantuan kepada pengundi-pengundi dan aktiviti setempat...hadiri kenduri kahwin, ziarah kematian.”

“Itu duit minyak, duit tol dan perbelanjaan di sana. Kalau RM1,000 sekali balik kawasan seminggu, sebulan kena sediakan RM4,000. Itu paling sedikit.”

Menurutnya, pada awal bulan, boleh balik ke kawasan dengan lapang dada tetapi jika hujung bulan, beliau kena fikir macam mana hendak dapatkan perbelanjaan melawat kawasannya.

Seorang Ahli Parlimen PKR  berterus terang bercerita terpaksa ‘bersilat’ dengan isterinya selepas ternampak slip elaun RM6,500.

“Isteri saya bising dan tidak percaya wakil rakyat dapat gaji banyak itu. Dia tanya saya, macam mana saya boleh beri duit kepada mereka yang datang meminta bantuan...nasib baik saya ada perniagaan sendiri, jika tidak memang teruk. Perbelanjaan kami ‘defesit’ sebenarnya.”

Sementara itu, ada di kalangan Ahli Parlimen PKR yang menunding jari kepada Anwar Ibrahim bahawa keputusan menolak cadangan kenaikan elaun itu sememangnya tidak memberikan kesan kepada Anwar Ibrahim kerana beliau sememangnya banyak duit hasil sumbangan rakan-rakannya dari luar negara.

Berbeza dengan kami sebagai Ahli Parlimen PKR yang tiada kepentingan dan sentiasa menurut arahan Anwar Ibrahim dan Majlis Tertinggi PKR. Jika tidak, pastinya peluang untuk mereka dicalonkan kembali pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang semakin tipis. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 13, 2011 at 11:52 PM

Pekerja swasta dianak tirikan.Selalu pembentangan Belanjawan pekerja awam yg asyik dapat naik gaji,bonus.Baru ni heboh nk panjangkn tempoh persaraan pekerja swasta alih2 jabatan awam yg dpt....awat pekerja swasta ni tk ada kelulusan ke..dia orang pun ada tangunggan bila dh bersara nk minta kerja susah la sikit....dh la duit pencen tk dapat duit KWSP buat bayar hutang rumah.keta anak sekolah lagi,duit habis keja tk dapat akhir sekali mula nk berhutang semula.Kerja jaga berapa la sangat dapat gaji,barang2 makan makin naik....susah la bila jadi pekerja swasta di anak tirikan di negara sendiri.Cuepacs asyik tolong orang jabatan awam saja...hai...nasib la orng pekerja swasta.Kami orng pekerja swasta dn kuat penyokong umno sekarang pati Pas la yg kami sokong.HIDUP PARTI PAS.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger