SARAWAK REPORT CETUSKAN PROPAGANDA POLITIK MURAHAN SERANG NAJIB



Portal milik Pembangkang Sarawak Report yang diusahakan anak Sarawak di London sekali lagi mencetuskan polemik politik murahan apabila seperti biasa menimbulkan isu kononnya Alastair Campbell, bekas ketua komunikasi Perdana Menteri Britain, Tony Blair bekerja untuk Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Tuduhan terbaru Sarawak Report itu ternyata mahu menjatuhkan imej Perdana Menteri. Kini, Pakatan Pembangkang terdesak untuk mencari isu untuk menyerang peribadi Najib dalam menjatuhkan kerajaan pimpinannya. Untuk itu, setiap apa cara yang dilakukan Pakatan Pembangkang kini menjurus kepada serangan ke atas peribadi Najib dan Rosmah.

Dakwaan tersebut dibuat apabila penulis Sarawak Report melihat Alastair Campbell di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan. Sarawak Report juga melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mengingatkan, jika benar dakwaan dalam Sarawak Report itu, tindakan Najib mengupah orang asing untuk menaikkan imejnya adalah membazir, sia-sia dan tidak adil.

Ternyata, PAS telah termakan dakyah dan propaganda Sarawak Report yang semua orang tahu hanya merupakan portal menabur fitnah. Menjadi asam garam menjelang pilihan raya Sarawak Report kembali memukul gendang dengan menabur fitnah ke atas Perdana Menteri seperti mana yang telah dilakukan ke atas Ketua Menteri Sarawak menjelang PRN Sarawak Ke-10 April lepas. Itulah yang dilakukan penulis Sarawak Report Clare Rewcastle Brown.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger