PRU-13: PARTI PENDUDUK PROGRESIF (PPP) BERMAIN TEKA TEKI DI SARAWAK


Kenyataan Presiden PPP pada 23 Julai 2011 yang lalu secara tegas menyatakan PPP nekad untuk bertanding di Sarawak dalam PRU-13 akan datang. Dalam kenyataan nekad itu, Presiden PPP Datuk M. Kayveas menyatakan

"Sama ada mendapat 'lampu hijau' atau tidak dari BN Negeri, parti itu tetap akan membariskan calon-calon di kawasan Parlimen terutama yang dimenangi pembangkang”.

M. Kayveas juga menambah PPP akan mempertimbangkan untuk mengetengahkan calon-calon mereka dalam PRU-13 akan datang sekiranya mendapat sokongan yang kuat.

Sementara itu, Pengerusi PPP Sarawak, Dr John Lau Pang Heng menjelaskan bahawa PPP sentiasa mengharapkan agar BN Sarawak merestui niat mereka bagi membolehkan PPP bertanding atas tiket BN.

“Tetapi sekiranya BN Sarawak terus ‘menolak’ PPP, maka kami bersedia bertanding atas tiket Bebas…..namun jika mereka (BN Sarawak) merestui hasrat dan yakin dengan kemampuan calon kami, maka tiada salahnya bagi kami untuk meneruskan impian ini,” tegas M. Kayveas.

Bagaimanapun, Datuk Maglin Dennis D’Cruz ketika diajukan soalan yang sama menyatakan sebaliknya bahawa PPP tidak akan bertanding dalam PRU-13 di Sarawak.


Alasan yang diberikan PPP, mereka perlu mengukuhkan parti itu di Sarawak terlebih dahulu dan menuggu sehingga mendapat restu BN Sarawak.

Kenyataan Maglin Dennis D’Cruz ini bercanggah dengan kenyataan yang diberikan Presiden PPP, Datuk M. Kayveas sebelum ini nekad untuk mengetengahkan calon dan bertanding dalam PRU-13 akan datang walaupun terpaksa bertanding atas tiket Bebas.

Melihat kepada situasi tersebut, apakah PPP cuba bermain teka-teki di Sarawak dalam kehadirannya diterima di Sarawak?

Begitupun, kenyataan Maglin Dennis D’Cruz lebih bersifat demokrasi berbanding sifat diktator yang ditunjukkan M. Kayveas dalam usahanya menekan BN Sarawak. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger