PAS POLITIKAN HIMPUNAN SEJUTA UMAT



Ketika NGO’s Islam di seluruh Malaysia bersetuju untuk berkumpul bagi menjayakan perhimpunan anti-Murtad yang dikenali sebagai ‘Himpunan Sejuta Umat’ dijadualkan pada 22 Oktober 2011, jam 2.00 petang ini di Stadium Shah Alam, PAS selaku parti politik Islam menyanggah dan menyatakan tidak akan terlibat dalam perhimpunan itu yang didakwa sebagai membuang masa.

Terdahulu, NGO’s menegaskan bahawa penganjuran perhimpunan anti-Murtad ini adalah bagi menyahut seruan baginda Sultan Selangor yang sebelum ini tersinggung dengan sesetengah pihak yang cuba untuk melemahkan akidah umat Islam di Selangor.

"Kenyataan oleh istana telah menjadikan kita, pemimpin NGO Islam dan ahli-ahli kami, lebih yakin dalam usaha untuk mempertahan dan menyelamatkan akidah umat Islam di negara ini."

Setiausaha Sekretariat Himpun, Aminuddin Yahaya
                                                             
Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah amat tersinggung dengan usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di Selangor.

Titah baginda, cubaan memesongkan akidah umat Islam itu berjaya dibuktikan dalam hasil siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Atas kepincangan campurtangan beberapa pihak termasuk kerajaan Selangor sendiri yang ditadbir Pakatan Pembangkang dalam hal pemeriksaan DUMC, Sekretariat Himpun berasa bertanggungjawab dan mempelopori perhimpunan itu sebagai menyedarkan pihak-pihak yang tidur.


Di kala NGO’s Melayu berhimpun dan menyatakan tanggungjawab terhadap perhimpunan itu, PAS yang selama ini berjuang atas tiket Islam telah mengumumkan tidak akan menyertai perhimpunan itu. Keputusan itu ada kaitannya untuk menjaga hati rakan baiknya DAP yang secara terang membantah campurtangan JAIS dalam pemeriksaan itu.

Keputusan PAS itu membuktikan bahawa sentimen politik melebihi dan menguasai kepentingan agama. PAS lebih rela mengorbankan agama berbanding kepentingan politik dalam usaha memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia dengan menggunakan Negara Kebajikan.

Ketidakterlibatan PAS dalam Himpunan Sejuta Umat ini menunjukkan PAS bukanlah parti politik Islam sebaliknya lebih kepada boneka DAPig. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger