PAS KEDAH AKUI PAKATAN PEMBANGKANG HADAPI MASALAH PEMBAHAGIAN KERUSI PILIHAN RAYA



 
PAS mengakui PKR dan DAP di Kedah menghadapi masalah pembahagian kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya akan datang. Walaupun tidak berlaku terlalu banyak, namun ia menggugat perancangan Pakatan Pembangkang untuk terus mengekalkan pemerintahannya di Kedah. Difahamkan, PKR dan DAP mempunyai kawasan Parlimen dan DUN yang diminati bersama. 

Menurut Menteri Besar Kedah yang juga Persuruhjaya PAS Negeri Kedah, Azizan Abdul Razak, masalah perebutan kerusi Parlimen dan DUN di Kedah dilihat telah memalukan Pakatan Pembangkang. Ini sedikit sebanyak menggambarkan hubungan kompenan Pakatan Pembangkang, PAS, PKR dan DAP renggang.

PAS melihat perebutan kerusi antara PKR dan DAP ini terlalu kerap berlaku. Ada kalanya DAP berminat dengan kawasan PKR dan PKR pun berminat dengan kawasan DAP. Antara faktor perebutan ini berlaku ialah tiadanya kepercayaan antara mereka untuk memenangi sesuatu kawasan. Masing-masing mempunyai persepsi bahawa jika PKR masih bertanding di kawasan itu, Pakatan Pembangkang akan mengalami permasalahan. Begitu juga jika DAP bertanding di kawasan itu, Pakatan Pembangkang juga akan kalah.

Sebagai penyelaras, PAS mengharapkan agar PKR dan DAP dapat menyelesaikan masalah dengan aman bagi mengelak sebarang tafsiran daripada BN. Sekiranya masalah ini tidak dapat diselesaikan, cara paling mudah ialah menyerahkan kawasan itu kepada PAS.

"Kalau DAP boleh yakinkan rakan-rakan dalam pakakan rakyat, kita akan pertimbangkan meletak calon mereka di kerusi yang diminta dan sekiranya tidak, PAS tidak akan teragak-agak akan mengambil kawasan itu atas budi bicara PAS selaku Penyelaras Pakatan Rakyat di Kedah,” kata Azizan yang juga Menteri Besar Kedah.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger