PAS DESAK BATALKAN KONSERT ELTON JOHN SEBAB AMALKAN MAKSIAT GAY



Suara Pemuda PAS mahu kerajaan menghalang penyanyi rock lagenda Britain Elton John mengadakan konsert di Genting Highland pada 22 November ini. Alasannya mudah dan ringkas, tidak mahu menggalakkan maksiat disebabkan penyanyi itu gay.

Sebelum ini, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan seorang pemimpin Pemuda PAS, Shahril Azman Abdul Halim telah menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John kerana didakwa akan merosakkan akhlak umat Islam.

Pemuda PAS itu menegaskan gay atau homoseksual haram dalam Islam dan apa yang dilakukan Elton John adalah maksiat. Bagaimana pula dengan ceramah Anwar Ibrahim yang menghimpunkan penyokong PAS, PKR dan DAP? Apakah ia haram atau halal?

Bagaimanapun, kenyataan Pemuda PAS itu disanggah bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul yang menuduh PAS jangan tiru seperti Taliban. Tuduhan itu ada asasnya memandangkan kenyataan Pemuda PAS itu seperti meludah ke langit. Akhirnya ia terkena batang hidung sendiri.

PAS diminta bersikap rasional dalam hal ini memandangkan negara Malaysia ini juga didiami bukan Islam. Sewajarnya PAS bertolak ansur dengan mereka yang bukan Islam untuk berhibur dengan menghadiri konsert itu. Rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP yang bukan Islam pastinya ada yang meminati Elton John. Demikian juga dengan Anwar Ibrahim yang menggemari penyanyi sezaman dengannya walaupun secara kebetulan sikap mereka sama dengan menggemari kaum sejenis.

Sebelum ini, Elton John mengakui dirinya gay dan homoseksual secara terbuka setelah undang-undang Britain membenarkannya. Bagimanapun, rumah tangga Elton John bersama David Furnish yang dibinanya selama 4 tahun pada 21 Disember 2005 tidak bertahan lama dan mengalami perceraian.

Tuduhan Dr Asri itu disusuli dengan dakwaan Pemuda PAS seperti tikus mondok sahaja. Ini kerana sejarah PAS juga sebelum ini pernah membantah konsert, tetapi tidak sampai ke mana sebaliknya lebih bersifat mencari publisiti. Begitu juga dengan kes video Anwar Ibrahim yang secara jelas memperlihatkan kenyataan pakar bahawa video itu tulen 99.99 peratus dan aktornya juga kelihatan jelas dalam CCTV berwarna.

Namun, apabila ditanya dengan Pemuda PAS mengenai video itu ramai yang sekadar tunduk malu dan tersipu-sipu senyum. Jawapannya mudah saja apabila ramai Pemuda PAS menyatakan itu arahan daripada bos-bos atasan.


Justeru, Pemuda PAS tidak payah bercakap soal kemaksiatan dan menentang kemungkaran sebaliknya apa yang berlaku ke atas bos mereka dalam Pakatan Pembangkang itu lebih teruk berbanding konsert Elton John yang hanya menyanyi sambil bermain piano. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
November 1, 2011 at 9:47 PM

islam apanya pas tu - mat sabung berzina dengan normah pun depa buleh lantik sebagai naib presiden pas, father nicky bolih ampunkan dosa berzina itu, belum masuk court untuk tuduh kes zina pun father nicky buleh ampunkan dosa penzina. begitu juga nga adun selising. budaya zina ni sepatutnya dibersihkan olih pas tetapi sebaliknya mereka melantik menjadi pemimpin. lagi banyak dosa besar lagi tinggi martabat seseorang itu - nwar berahi depa nak lantik sebagai perdana menteri kerana dia berzina dan meliwat. memang benarlah sabda nabi akhir zaman kelak pemimpin dikalangan kamu ialah yang paling rosak akhlaknya. er umno pun sama bapak ayam dan tauke judi depa jadikan senator - nalakurapan. dunia dah nak terbalik.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger