NIK AZIZ MANUSIA MAKSUM BERBANDING SULTAN



Khalid Samad menyifatkan Sultan Selangor bukanlah manusia yang maksum (sifat yang dikhaskan untuk nabi dan  dipelihara oleh Allah daripada melakukan dosa).

Berlandaskan ajaran Islam, tidak ada manusia, termasuk kerabat diraja di negara ini yang bebas daripada kecenderungan untuk melakukan kesilapan.

Walau bagaimanapun, dalam konteks Nik Aziz ia adalah berbeza. Nik Aziz bukan sahaja seorang yang maksum malah lebih dari itu berbanding sultan-sultan yang ada di Malaysia. Atas sebab itu, tiada seorang pun di kalangan pemimpin PAS termasuklah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dapat menandingi Nik Aziz.

Dalam hal ini, Khalid Samad yang mewakili PAS sangat menyokong kenyataan Dr Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja Ogos lalu.

Pemeriksaan itu dilakukan kerana ada maklumat yang mengatakan bahawa ada cubaan untuk memurtadkan orang Islam dan semasa tindakan berkenaan, 12 umat Islam dikesan berada di premis gereja itu.

Secara jelas, PAS juga mengingkari titah Sultan Selangor dan menyokong usaha-usaha golongan tertentu yang mahu memurtadkan umat Islam di Selangor. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger