NGEH KOO HAM DISAMAN



  
Berikutan keengganannya mengemukakan bukti dalam kenyataannya yang berunsur fitnah berhubung penjualan tanah yang kononnya menyebabkan kerajaan negeri kerugian ratusan juta ringgit menyebabkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zamry Abdul Kadir memfailkan saman terhadap Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham.

Tindakan itu dibuat setelah tempoh 24 jam yang ditetapkan oleh Zambry supaya Koo Ham meminta maaf dan menarik balik kenyataannya, tamat semalam.

Kenyataan dan tindakan Koo Ham membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu itu hanya helah terbaru DAP bagi mengelirukan rakyat tanpa mengemukakan bukti. Sebaliknya, perbuatan sedemikian hanya mengelirukan rakyat dan menggambarkan kononnya DAP dan Pakatan Pembangkang peka dengan kesalahan yang dibuat pemimpin BN.

Sebelum ini, Zambry mencabar Koo Ham membuktikan tuduhannya berhubung kelulusan tanah seluas lebih 24,000 hektar yang kononnya dijual pada harga rendah iaitu RM374 setiap 0.4 hektar kepada kroni-kroni Menteri Besar Perak itu sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian sehingga RM900 juta.

Zambry juga mencabar Koo Ham mendedahkan nama kroni beliau yang diberi tanah itu selain membuktikan bagaimana mereka boleh mendapat keuntungan sehingga RM900 juta seperti disebut dalam blog pemimpin DAP itu.

Koo Ham bagaimanapun dilaporkan tidak menyahut cabaran itu sebaliknya membuat laporan kepada SPRM semalam.

Kata Zambry, Koo Ham membuat dakwaan itu berdasarkan jawapan beliau di DUN mengenai jumlah tanah yang diluluskan kerajaan negeri setakat Julai tahun lalu serta perolehan yang dipungut kerajaan negeri ketika itu.

"Pada masa itu saya jawab setakat Julai 2010 sebanyak lebih 60,000 ekar tanah diluluskan dengan perolehan terkumpul RM22 juta, tapi Koo Ham membuat andaian tanah dijual RM375 seekar dengan membahagikan RM22 juta itu dengan keluasan tanah.

"Koo Ham sengaja memanipulasi fakta ini sedangkan perolehan terkini bagi penjualan tanah berkenaan sudah mencecah lebih RM70 juta."

Sebagai pihak yang melemparkan tuduhan, Koo Ham sepatutnya menunjukkan bukti, bukan dengan memanipulasi fakta bagi mengelirukan rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger