NAJIB UMUM BELANJAWAN 2012 SEBAGAI MENTERI KEWANGAN, ANWAR IBRAHIM UMUM BELANJAWAN PAKATAN PEMBANGKANG SEBAGAI TERTUDUH MELIWAT


Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan 

Walaupun telah 4 hari Belanjawan 2012 diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, namun masih ramai rakyat Malaysia memperkatakan tentang baik buruk belanjawan tersebut. Daripada reaksi yang diterima, ramai yang bersetuju dan mengakui Belanjawan 2012 yang dibentangkan Jumaat lalu adalah yang terbaik pernah diumumkan kerajaan.

Sana sini rakyat Malaysia memperkatakan tentang kesan positif yang diberikan kerajaan termasuklah mereka yang tidak terlibat dalam membantu dan menyokong kerajaan terutama anak-anak dan keluarga ahli-ahli Pakatan Pembangkang. Walaupun mereka ini kuat mengkritik dan menabur pelbagai fitnah, hakikatnya mereka dan ahli keluarga mereka turut menikmati kesan dan limpahan daripada Belanjawan 2012 yang diumumkan Perdana Menteri.

Sebelum itu, Pakatan Pembangkang menerusi Ketua Pakatan Pembangkang merangkap Ketua Umum Keadilan telah mengumumkan Belanjawan Pakatan Pembangkang pada Selasa lepas, iaitu 3 hari sebelum pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri.

Di pihak kerajaan BN, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan yang bertanggungjawab dalam hal-hal kewangan telah membentangkan Belanjawan 2012. Selain Najib, turut serta dalam merangka Belanjawan 2012 itu ialah beberapa ketua-ketua jabatan dan ahli-ahli yang terlibat secara langsung dalam ekonomi dan kewangan Malaysia. Atas sebab itulahm, Belanjawan 2012 yang dibentangkan pada Jumaat lepas telah mendapat pujian daripada seluruh rakyat Malaysia termasuklah pelabur-pelabur luar negara.

Anwar Ibrahim Tertuduh Yang Diliwat

Berbeza dengan Pakatan Pembangkang di mana yang membentangkan Belanjawan 2012 mereka bukanlah seorang yang berjawatan Menteri Kewangan sebaliknya atas kapasiti tertuduh yang meliwat. Justeru, secara langsung Belanjawan Pakatan Pembangkang tidak boleh dipakai langsung.

Ramai pemerhati politik dan penganalisis ekonomi menyifatkan Belanjawan Pakatan Pembangkang jika dilaksanakan akan menyebabkan negara muflis dan bankrap.

Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri juga memberikan manfaat kepada seluruh ahli Parlimen Pakatan Pembangkang.

Elaun wakil rakyat Parlimen Pakatan Pembangkang juga menerima hasil kenaikan seperti mana yang diterima ahli Parlimen BN. Bezanya, ahli Parlimen BN bekerja untuk rakyat, tetapi ahli Parlimen Pakatan Pembangkang bekerja kutuk kerajaan. Sewajarnya, ahli Parlimen Pakatan Pembangkang tidak seharusnya mendapat kenaikan elaun memandangkan mereka ini bukan bekerja, tetapi mengambil kesempatan. Bagaimanapun, atas semangat 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, maka kerajaan BN mengambil keputusan untuk menyeragamkan kenaikan elaun tersebut.  

Justeru, tiada sebab Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri Jumaat dianggap gagal seperti yang diungkapkan Pakatan Pembangkang sebaliknya ini merupakan Belanjawan terbaik yang pernah dibuat kerajaan sepanjang Malaysia merdeka. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 14, 2011 at 12:24 AM

NAJIB UMUM BELANJAWAN 2012 sedih....sedih......orang jabatan awam juga yang dapat,orag swasta di anak tirikan ingatkan tempoh persaraan swasta di panjangkan memandagkan tempoh persaraan awam sudah di panjangkan dulu rupanya hampas tk dapat.Banyak syarikat2 swasta besar2 dan kukuh kedudukan takan tk dapat panjangkan tempoh persaraan perkerja swasta....Hai.. orang2 Cuepac pandanglah orang swasta sama jangan asyik dok padang orang Jabatan awam saja.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger