MENJELANG DEEVAPALI RAMAI AHLI-AHLI PKR KELUAR PARTI



Seramai 300 ahli PKR Ranting Ampang Campuran bertindak keluar parti hari ini, selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang didakwa tidak jujur dan gagal menunaikan janji.

Ketua kumpulan, K. Vengdesgiri menyatakan dengan tegas bahawa ranting PKR Ampang Campuran dibubarkan.

''Kami berasa kecewa dan tertipu. Janji-janji yang diberikan juga tidak dikotakan malah ranting PKR Ampang Campuran sehingga kini yang dijanjikan untuk disahkan tidak berlaku,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Kebajikan, Rekreasi dan Sosial Masyarakat India Ampang (PKRSMIA) berkata demikian selepas menghadiri Majlis Setulus Kasih Selembar Budi sempena sambutan Deepavali di sini.

Vengdesgiri berkata, selepas ini mereka akan bergerak menggunakan platform PKRSMIA dan menyokong BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan 300 ahli PKR itu menunjukkan parti pembangkang semakin dijauhi rakyat lebih-lebih lagi menjelang PRU-13.

Janji-janji yang diberikan kepada rakyat tidak dikotakan menyebabkan mereka berasa kecewa dengan pembangkang. Kita BN akan sedaya upaya menunaikan janji dan turun ke bawah mendengar denyut nadi rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger