KOMPENAN BN SARAWAK TIDAK TERIMA KEHADIRAN PPP



Kehadiran Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz ke Sarawak yang mencetuskan kontroversi telah membuatkan kompenan BN Sarawak berasa tertipu dengan mainan politik PPP. Dipastikan kehadiran Maglin Dennis D’Cruz itu diatur dan ditaja PPP Sarawak yang dipengerusikan Dr John Lau.

Semasa di Sarawak, Maglin telah melakukan lawatan di Kampung Buan, Buso di Bau dalam Parlimen Mas Gading. Dalam lawatannya itu, Maglin Dennis D’Cruz telah menyampaikan sumbangan kepada beberapa keluarga di situ dan diringi ahli-ahli PPP Sarawak. Walau bagaimanapun, tiada seorang wakil kompenan BN Sarawak yang turut serta dalam lawatan timbalan menteri itu. Ini menguatkan lagi persoalan bahawa kehadiran Maglin Dennis D’Cruz tidak disenangi BN Sarawak.

Ramai pihak melihat kehadiran Naib Presiden Kanan PPP itu ke Sarawak sebagai tidak menghormati BN Sarawak selaku parti pemerintah. Walaupun di Semenanjung, PPP merupakan sebahagian dari kompenan BN, tetapi kompenan BN Sarawak tidak melihat ke arah itu. Ini disebabkan kedatangan PPP ke Sarawak tidak mendapat restu kesemua kompenan BN Sarawak.

Terdahulu, kehadiran PPP di Sarawak amat tidak disenangi ramai pihak termasuk kompenan BN Sarawak. BN Sarawak yang disertai PBB, SUPP, PRS dan SPDP telah menjalinkan kesepakatan yang sangat dominan dan tidak memerlukan parti baru bagi memenangi pilihan raya akan datang. Kehadiran parti yang baru pada masa ini amat tidak sesuai dan berasakan PPP itu merupakan parti luar Sarawak.

Rakyat Sarawak lebih mudah menerima kehadiran parti tempatan disebabkan mereka ini amat memahami kehendak dan keperluan rakyat. Oleh yang demikian, kehadiran PPP di Sarawak sangat tidak dialu-alukan walaupun mereka dikatakan berjaya mendaftarkan pengundi baru yang berjumlah lebih 50,000 orang.

Bagi mengelak keadaan yang tidak diingini dan kesepakatan antara kompenan BN, PPP diminta memahami kehendak rakyat Sarawak dan bukannya menambahkan lagi kekusutan yang sedia ada. Ini adalah bertujuan menjamin kejayaan BN Sarawak menang dalam PRU-13 akan datang dan menjadikan Sarawak sebagai fix deposit BN untuk tempoh akan datang.  
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger