KENAPA MUSA HASSAN DAN MOHD RODWAN DIGUGURKAN JADI SAKSI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM



Persoalan kenapa peguambela Anwar Ibrahim menarik balik atau bahasa mudahnya menggugurkan Tan Sri Musa Hassan (bekas Ketua Polis Negara) dan Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof (bekas Ketua Polis Melaka) daripada menjadi saksi dalam perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim akhirnya terjawab apabila rancangan Anwar Ibrahim mahukan kedua-duanya sebagai pencetus konspirasi dalam pertuduhan kes liwat II tidak kesampaian.

Apakah wujud perselisihan pendapat di kalangan peguam bela Anwar khususnya, Karpal Singh sehingga mendorong Musa dan Rodwan dibatalkan sapina saat-saat akhir? Ianya ada kemungkinan memandangkan kes liwat Anwar Ibrahim sedang memasuki fasa terakahir dan genting.

Jika kita rujuk temu bual Anwar dengan Malaysiakini pada 3 Julai 2008, yakni setelah hampir seminggu berita kes liwat itu terbongkar kepada umum, Anwar berusaha keras mengalihkan isu liwat itu kepada konspirasi, sebagai kesinambungan dari tahun 1998.

Anwar sendiri tidak berani memberi keterangan di ‘Kandang Saksi’ seperti mana yang diharapkan oleh ramai pihak, dan memilih ‘Kandang Tertuduh’ untuk menggelakkan bersumpah dan disoal balas oleh pihak pendakwa.

Bagi bekas peguambela Kes Liwat I, Zulkifli Noordin, tindakan Anwar itu sebagai pengecut untuk menyembunyikan lebih banyak lagi fakta sebenar terbongkar di mahkamah.

Sepandai-pandai tupai melompat, tidak akan jauh ke mana ....
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Nok
October 20, 2011 at 4:35 PM

Sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga...sebanyak2 doa mohon tunjuk kebenaran oleh puak2 pas akhirnya di makbul tuhan jugak, syukur ke hadratmu ilahi dgn limpah kurniamu kebenaran akan terbukti....harap penyokong2 aljuburi berikan kata2 semangat pada Anuar...katakan 10,20 tahun di S.Buluh tu sekejabbbb aje...dan selalu2 lah melawat dia nanti.....bagi pihak Penjara ,jgn campurkan dia dgn banduan lain bahaya.....walaupun dia di katakan sakit tulang belakang.....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger