JEFF OOI DESAK GANTUNG UTUSAN, BAGAIMANA PULA DENGAN MALAYSIAKINI?



Jeff Ooi desak kerajaan menggantung permit Utusan yang disifatkannya sebagai menyiarkan berita palsu dan tidak berasas hingga mampun mencetuskan keadaan tegang antara kaum di Malaysia.

“Saya minta Menteri Dalam Negeri menggantung lesen percetakan Utusan Malaysia."

Terdahulu, ramai pihak mahukan Jeff Ooi menyaman akhbar itu sekiranya beliau berada dalam keadaan benar. Namun, cabaran rakyat itu tidak diendahkan sebaliknya mahu menegaskan supaya Utusan digantung.

Jeff Ooi menyifatkan kenyataan Utusan dalam isu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara adalah sesuatu yang karut dan tidak mempunyai bukti. Oleh kerana itu, Jeff Ooi berani mengeluarkan kenyataan dengan memburukkan Utusan.

Berikutan itu, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang berada dalam majlis itu sekali lagi meminta mana-mana pihak supaya tidak mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa menyiasat isu tersebut.

Ooi sebelum ini menafikan dakwaan terlibat dalam satu majlis pertemuan paderi yang kemudiannya melafaz ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.

Susulan daripada itu, Jeff Ooi berasa dirinya terancam disebabkan kenyataannya itu telah disanggah Razali. Sebelum ini, Razali telahpun membuat laporan polis berhubung aktiviti DAP bersama beberapa pastor Kristian dalam satu upacara yang berjanji mahu melantik Perdana Menteri juga daripada penganut Kristian. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger