HAKIM PELUK KARPAL SINGH, RAKYAT MAHU PENJELASAN



Ketika hakim Mahkamah Sesyen, Chan Jit Li membuat keputusan memihak kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam perbicaraan yang melibatkan Karpal Singh dan seorang pengurus bank yang berkesudahan memihak kepada Karpal Singh dan hakim memerintah supaya seorang pengurus bank membayar peguam itu ganti rugi RM2 juta ekoran kemalangan yang dialami pada 2005.

Tindakan hakim itu yang memeluk Karpal Singh seolah-olah keputusan itu sengaja menyebelahi Karpal Singh. Bagaimanapun, Karpal Singh sebaliknya menyatakan tindakan hakim itu sebagai perbuatan biasa.

Bagi rakyat Malaysia, perbuatan hakim tersebut dilihat sebagai suatu keputusan yang sudah dirancang dan seolah-olah mahu membuatkan Karpal Singh menang dalam perbicaraan itu. Manakala, Karpal Singh yang ditanya berkenaan perbuatan itu sekeras-kerasnya mempertahankan perbuatan itu sebagai suatu perbuatan biasa.


Difahamkan perbuatan sedemikian dilihat sangat konsisten dengan kedua-duanya dilihat saling kenal mengenali antara satu sama lain secara peribadi. Ini boleh dibuktikan apabila hakim tersebut, Chan Jit Li telah melawat Karpal Singh di hospital sebelum ini ketika nyawa Karpal Singh hampir menemui ajal dalam kemalangan yang menyebabkan dirinya diisytihar sebagai Orang Kurang Upaya.

“Sekarang ini apa dia nak kata, bila seorang hakim peluk dia selepas buat keputusan memihak kepadanya. Selama ini dia yang selalu pertikai hakim-hakim.”

Melihat kepada perkembangan terbaru ini, Majlis Peguam telah meminta supaya siasatan dijalankan terhadap hakim tersebut yang dikatakan memeluk Karpal selepas membuat keputusan yang memihak kepada Karpal itu.

Sebelum ini, Karpal Singh telah mengecam Perdana Menteri semasa majlis makan malam dengan hakim-hakim hingga menjadikannya sebagai isu politik. Tetapi, apabila kini telah terkena diri sendiri, Karpal Singh diibarat seperti meludah ke langit.

Dalam keputusan itu, pengurus bank berkenaan diperintah membayar ganti rugi RM2 juta terhadap Karpal kerana melanggar teksi yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu sehingga menyebabkannya lumpuh dalam kejadian tujuh tahun lalu.

Tindakan hakim itu boleh menimbulkan syak wasangka dan pilih kasih di dalam pengendalian dan penghakiman kes Karpal itu.

“Dan kenyataan Karpal yang mempertahankan tindakan hakim itu mengingatkan kembali kepada sikap Karpal sebelum ini yang bermati-matian menggesa supaya kes Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan dengan alasan Timbalan Pendakwaraya mengenali Mohd. Saiful Bukhari Azlan”.

Hakim itu boleh menarik diri daripada kes itu sebelum ini lagi tetapi beliau tidak berbuat demikian. Sepatutnya hakim tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan pengadu (Karpal), jadi lebih elok satu siasatan diadakan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 31, 2011 at 11:37 PM

Selain itu, Pengurus bank berkenaan patut mengemukakan rayuan ke mahkamah tinggi jika merasakan perbicaraan tersebut berat sebelah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger