DR ABDUL AZIZ BARI PANGLIMA BARU PAKATAN PEMBANGKANG



Ketika Mat Sabu, Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim masing-masingnya sedang melalui fasa kepopularan akibat sikap dan perlakuan kurang ajar mereka ke atas rakyat Malaysia dan individu, kini muncul pula seorang tokoh akademik yang dikatakan ‘pakar’ undang-undang tapi buta budaya dan adab apabila mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah. Apakah kini telah muncul pula ‘orang luar’ Pakatan Pembangkang dengan nada seiringan bagi mengancam kedudukan Sultan di mata rakyat?

Jika Mat Sabu ingkar dengan kenyataannya yang menyokong komunis dan menidakkan sumbangan pasukan keselamatan, Lim Guan Eng biadap dengan rakyat Johor serta Anwar Ibrahim main kotor terhadap Saiful Bukhari, Prof Dr Abdul Aziz Bari biadap dan kurang ajar terhadap Sultan Selangor.

Selasa lalu, Abdul Aziz mencetuskan kontroversi apabila secara terbuka mempertikai titah peringatan Sultan Sharafuddin berhubung isu cubaan memurtadkan umat Islam di sebuah gereja Ogos lalu.


Beliau mendakwa, tindakan Sultan Selangor itu tidak konsisten dan tidak selaras dengan ajaran Islam.

Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak Abdul Aziz memohon maaf kepada Sultan Selangor tetapi beliau bertegas, tiada sebab untuk meminta maaf malah, dengan lantang mempertahankan kenyataannya itu.

Sultan Selangor sebelum ini telah bertitah bahawa prosedur JAIS yang melakukan pemeriksaan terhadap DUMC adalah sah dan kerisauan Sultan Selangor terhadap gejala memurtadkan umat Islam di Selangor telah ditentang oleh Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Walaupun tidakannya tidak menyalahi undang-undang, tetapi keengganan Dr Abdul Aziz Bari meminta maaf atas kesilapannya itu jelas bertentangan dengan prinsip moral.

Umum mengetahui, masyarakat Melayu tidak pernah menderhaka terhadap Sultan sepertimana yang pernah ditunjukkan Hang Tuah. Namun, pada zaman moden ini ekoran ‘kebijaksanaan’ mereka dalam undang-undang telah menidakkan budaya taat dan setia terhadap Sultan.

Apakah Prof Dr Abdul Aziz Bari itu telah dibiayai Pakatan Pembangkang? Semua ini ada kemungkinan disebabkan Pakatan Pembangkang kini terdesak untuk mencari isu lain setelah ketiga-tiga pemimpin mereka kini teruk menanggung malu. Berapakah pula Prof Dr Abdul Aziz Bari dibayar Pakatan Pembangkang?

Melihat kepada keadaan ini, adalah tidak mustahil orang yang bertanggungjawab di belakang Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah Pakatan Pembangkang. Apakah Prof Dr Abdul Aziz Bari sanggup menggadai tugas dan professionnya sebagai pensyarah dan pakar undang-undang?

Hanya Prof Dr Abdul Aziz Bari sahaja yang mengetahui sebab dan mengapa beliau bertindak kurang ajar atau telah terlebih ajar?
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
October 17, 2011 at 9:43 PM

Bila dah rasa ilmu yang ada tu hebat, jadilah dia bongkak dan biadab. Titah sultan yang bertindak mempertahankan Islam pun dipertikai. Bangang tak boleh diikut..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger